Balik Pulau-20 Okt 2009
Aku dah agak berita sebegini akan keluar di muka akhbar bahasa kebangsaan tempatan. Sekali lagi kes perbelanjaan 'tidak munasabah' dalam institusi pengajian tinggi di Malaysia menjadi kes utama. Kali ini berbeza kerana berlakunya di sebuah kolej yang agak baru di Balik Pulau.
Kisah perbelanjaan yang melampau dari harga pasaran berlaku dan kali ini pembelian komputer, mesin cetak, dan manual pengajaran kulit keras menjadi isunya. Suku juta nilai Ringgit Malaysia yang dibelanjakan oleh kolej dengan cara yang sangat mencurigakan. Kes ini sebenarnya bukan hanya di KKTM kerana syarikat yang terlibat membekal perlatan itu aktif membekal ke seluruh negara dan mereka bukan calang-calang ahli lembaga pengarahnya. Sejak zaman Perdana Menteri keempat mereka ini dah berurusniaga dan hingga bila nak dibiar MALING-MALING ini berkeliaran ibarat pelesit tanpa tuan.
Pihak SPRM, kes seperti inilah yang perlu disegerakan dan individu-individu yang terlibat mesti segera dibawa ke muka pengadilan. Jangan hanya riuh di media tapi akhirnya anak seghidin saja yang dijatuhkan hukuman manakala bapak kerapu yang kenyang makan duduk senang dalam lubang batu tanpa gangguan.
Tuesday, October 20, 2009
Saturday, September 26, 2009
Menebar Lembaran Dalam Lebaran
Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera buat pengunjung yg melawati blog ini secara tabii atau secara pintas lalu. Penulis memohon maaf di atas sebarang salah dan silap yg sengaja atau tidak sengajakan sepanjang BLOG ini beroperasi dari meja tulis yang kecil dalam ruang pejabat kecil yang lebih afdal disebut sebagai pejabat dalam rumah (SOHO: Small Office Home Office).
Sebelum menulis post kali ini penulis terlebih dahulu bermuhasabah sejenak agar selepas memohon maaf di awalnya agar penulis kurangkan emosi peribadi dikala menaip bait rangkap penulisan agar sekali lagi tidak menyentuh hati para pengunjung. Ini satu anjakan sikap yg perlu penulis amalkan mulai hari ini dan pada masa hadapan. Terbayang dalam benak penulis tentang banyak perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan kemungkinan akan berlaku dalam kehidupan penulis yang berkongsi dunia dengan pengunjung samada sebagai manusia yg masing-masing punya kehidupan sendiri dan sebagai saudara seagama (Islam) khususnya. Adakah hari-hari yg pernah dilalui, sedang dilalui dan bakal dilalui penulis sama dengan pengalaman pengunjung ? Wallahualam Bissawab
Walau apa yg kita lalui, penulis ingin sekali berharap agar laluan yg kita redahi dan bakal dijejaki adalah satu-satunya jalan yg benar, telus dan lurus agar sama-sama kita berjumpa semula di hari kemenangan di syurga hendakNya kelak mengadap Yang Maha Esa tuhan kita Allah SWT. Inilah matlamat yg penulis cuba bangkitkan dalam setiap penulisan penulis mulai hari ini di mana setiap yg dipapar dapat menjadi manfaat buat umat manusia lainya dan dapat digunakan untuk kebaikan manusia juga ..Insya Allah.
Teringat...
20 tahun yg lalu semasa penulis masih dalam dunia kanak-kanak, yang girang dan teruja ingin menyambut kedatangan lebaran Aidilfitri. Dalam kegirangan yang oenuh diisi dengan perancangan untuk mencuba pakaian baru, makanan yg enak, bertemu sanak saudara dan juga berkunjung ke rumah-rumah saudara Islam yang lain untuk memperoleh duit saku raya. Masa itu kehidupan penulis terasa sangat indah dan sangat girang, setiap masa bersama rakan-rakan dan saudara sangat rapat hinggakan penulis terasa sayu apabila cuti lebaran kian ke penghujung dan saudara kandung penuis bersiap untuk pulang ke destinasi masing-masing. Esok tiada lagi raya buat penulis apabila mereka mula berangkat pulang. Abang dan kakak penulis masa itu ramainya masih menuntut di IPT dan ada yg sudah berkeluarga jauh nun di perantauan. Sebak apabila keramahan dan kemesraan penulis bergurau senda dengan abang-abang khususnya terpaksa di hentikan apabila mereka jauh smeula dari pandangan mata. Penulis adalah anak lelaki bongsu dalam keluarga besar seramai 11 adik-beradik. 3 adik penulis kesemuanya perempuan dan jarak umur penulis dengan abang-abang pula 10 tahun dan lebih jaraknya. Terpaksalah penulis menghadapi semula kehidupan seharian yg dipenuhi rutin ketat dengan peraturan ayah penulis. Tidak dibenarkan keluar rumah apabila pulang dari sekolah dan hanya dibenar bermain disekitar halaman rumah. Masa itu adik-adik perempuan penulis diajar oleh penulis bermain bola sepak di depan halaman rumah dan adakalanya penulis pula kena bermain permainan mereka iaitu lompat getah, congkak atau batu sembilan (batu tujuh namanya di Penang). Malam hari penulis perlu bergegas siapkan baki kerja sekolah dan makan pada waktu yg ditetapkan dan tidak boleh melewatkan makan malam. Perlu periksa kelengkapan sekolah agar tiada yg tertinggal dan pastikan penulis perlu bangn pagi pada masa yg tepat agar tidak berebut-rebut dengan adik-adik dan juga seorang dua kakak yg bersekolah menengah dan yg ingin pergi bekerja. Masa itu siapa yg lambat bangun tunggulah dia di depan pintu panchor (bilik air) yg terletak diluar rumah ditemani cahaya pelita yg dipegang agar tidak takut akan kegelapan kala subuh hari. Hari-hari itu amat diingati kerana di situlah keakraban penulis dan adik-beradik kandung terjalin dek kerana perebutan waktu mandi, berebut lauk waktu makan, bergaduh kerana kenakalan masing-masng dan bergelak ketawa bersama depan TV apabila menonton rancangan yg diminati. Juga tak lekang dalam ingatan berebut menggunakan basikal kerana hanya ada tiga basikal di rumah dan yg ingin menggunakannya ada lebih dari itu. Penulis ke sekolah berjalan kaki sahaja kerana jarak yg tidak jauh dairi rumah sejak dari tadika hinggalah ke darjah enam.
Dunia lampau sebegini sememangnya mengajar banyak erti kehidupan dalam tidak sedar penulis dapat mengingat banyak peristiwa masa itu berbanding dengan peristiwa ditempat penulis berkerja atau berniaga. Mungkin kerana nilai peristiwa itu ibarat panduan kepada penulis agar sentiasa mengingat diri penulis di mana penulis bermula dan di mana penulis berada pada suatu ketika. Demi nilai persaudaraan sebegitulah penulis cuba agar tidak mengajar anak penulis untuk tidak leka dengan dunia moden yg dilengkapi dengan Playstation, rancangan TV satelit 24 jam, hiburan di pusat membeli belah, dan permainan yg melekakan. Mungkin terlalu awal buat anak-anak penulis yg maish berumur 2 tahun dan 1 tahun. Tetapi inilah cabaran yg bakal dihadapi oleh penulis kelak apabila anak-anak meningkat usia di mana akan tiba masa tuntutan dari anak-anak yg mahukan kehidupan yg serba moden sepertimana rakan-rakan mereka (kemungkinan). Penulis mahukan anak-anak yg bersifat sayangkan keluarga dan utuh rasa cinta pada suasana kekeluargaan khususnya dalam suasana istimewa seperti menyambut hari lebaran. Penulis mahukan anak-anak rindu untuk makan bersama di pagi lebaran, bersama berbual berkongsi cerita dan teruja menyambut kemenangan dan perjuangan melawan nafsu di bulan Ramadhan. Bukannya dalam suasana yg tiada beza dari hari kebiasaan yg mana masa anak-anak dihabiskan didepan monitor playstation dan di depan layar cerita TV satelit 24 jam. Ada atau tiada sanak saudara disekeliling tidak memberi erti kerana dunia anak-anak sudah diprogram untuk melayani asyiknya keseronokan alat-alat teknologi moden yg bakal mengheret institusi keluarga ke satu dimensi yg fungsinya hanya sekadar untuk bergelar anak dan bapa atau anak dan emak tanpa ada rantaian keperluan antara satu sama lain. Seriusnya penulis berfikir tentang ini hinggakan penulis meluahkannya dalam post kali ini. Penulis berharap pengunjung BLOG ini dapat sama-sama mengukuhkan semula institusi kekeluargaan dan eratkan kekuatan persaudaraan. Pentingnya kita kuat dalam satu aqidah, satu kiblat dan satu agama agar tidak terpesong dalam perjalanan yg masih berliku buat umat Muhammad SAW yg mana sudah dijanjikan dengan tipu daya oleh pihak musuh yg berpaksikan iblis dan syaitan. Semoga kita beroleh kemenangan mutlak dalam memperoleh janji-janji Allah SWT buat hambaNya dan ambillah peluang di hari lebaran kali ini agar sama-sama kita lembarkan satu cara hidup yg lebih baik dan diredhaiNya.

Labels:
aidilfitri,
hari raya,
lebaran,
syawal
Sunday, September 6, 2009
1Mangsa "Pemborong Didahulukan, Keuntungan Diutamakan"
Apapun slogan yang dilaungkan di media cetak dan elektronik namun bagi aku (penulis) tetap merasakan sebagai pengguna dan rakyat negara aku ini lebih manjakan golongan pemborong/peraih yang bersifat borjuis daripada memanjakan rakyat (marhaen).
Bukan spekulasi politik tetapi fakta kerana setiap tahun negara aku ini tidak pernah sunyi dari usikan pemborong/peraih mengenai stok dan ugutan kenaikan harga barangan keperluan. Saban tahun negara ini diugut tentang tiada stok gula sedangkan pengeluaran dan 'buffer stock' sentiasa melebihi paras penggunaan di kilang-kilang gula di Perlis, Prai dan Shah Alam terutamanya. Habis isu gula timbul pula isu cili, ubi dan bawang kerana alasan saban tahun ini bukan komoditi negara kita dan kita hanya mengikut aliran harga pasaran.
Selain isu barangan keperluan, ada juga isu makanan tabie harian yang menjadi isu hangat di negara aku ini. Harga roti canai dan teh tarik boleh dinaikkan hanya dengan isyarat YES oleh semua ahli pengusaha restoran. Suka hati jika roti canai jadi RM0.90 dan teh tarik jadi RM1.20 , sedikit pun suara hati pengguna tidak dihiraukan. Tapi apabila ada usaha memberi khidmat penyelesaian pada pengguna seperti mana penjualan roti canai + teh tarik hanya berharga RM1.00 secara agresif di KL, riuh pula ahli-ahli pengusaha restoran mohon pembelaan agar perniagaan mereka tidak terjejas. Tahu pula mereka menuntut agar kerajaan masuk campur agar suara hati mereka didengar.
Untungnya peniaga di negara aku ini kerana mereka dimanjakan tapi pengguna hanya digulakan tetapi dimangsakan setaip kali ada isu PENGGUNA vs PENGELUAR/PENIAGA.

80:20 Edisi Ramadhan
TIPS 80:20 sempena ketibaan Syawal.
1. Belanjakan 20% sahaja wang anda untuk memenuhi keperluan hidup keluarga anda.
Jika terdesak barulah anda tambahkan sedikit lagi. Pastikan anda mampu memenuhi
sekurang-kurangnya 80% keperluan hidup keluarga anda dengan 20% wang anda.
Jika tidak mampu anda menghadapi satu masalah ekonomi dan perlu BERUBAH dan
cuba menjana ekonomi anda dari pelbagai kegiatan sampingan.
2. Jangan belanjakan 80% wang hanya untuk memenuhi sedikit keperluan keluarga+beban
kewangan anda yang sememangnya tidak perlu (ansuran kereta besar, ansuran perabot)
Elakkan berhutang apabila merancang pembelian dan sebaiknya beli secara tunai dan
hanya apabila ianya menjadi keperluan. Jauhi sifat 'trendy' kerana inilah senjata
utama pengeluar barangan iaitu mengwujudkan suasana trendy agar manusia berasa
lebih yakin jika hidup mereka didampingi produk-produk tertentu yang diiklankan.
Labels:
80:20 concept
Thursday, August 13, 2009
Komuniti Bistari Teknologi
Saya sedang merangka penyatuan golongan terpelajar dalam bidang teknologi khususnya yang bekerja atau sedang belajar untuk membentuk satu jaringan komuniti. Bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan dan kepakaran masing-masing ke arah membentuk masyarakat yang mengutamakan teknologi seperti di Jepun, Korea dan Taiwan. Komuniti dengan objektif menyampai ilmu yang dipejalari agar dapat dimanfaat kepada masyarakat setempat terutama yang masih mundur dan jauh dari arus pemodenan. Membantu masyarakat agar berdaya saing dalam sketor ekonomi masing-masing apabila dapat menguasai teknologi dalam kehiduoan seharian mereka.
Contoh projek yang saya ingin sampaikan pada masyaraka ialah projek pengairan skala kecil menggunakan kuasa graviti tanpa bantuan jana kuasa tenaga diesel, petrol atau eletrik, mesin pengasingan padi untuk tujuan mengasungkan gred beras, mesin membaja tanaman secara automatik, mesin hidraulik ringkas untuk membantu nelayan mengangkat tong ikan yang berat, dan mesin mengeringkan pakaian menggunakan kuasa turbin angin yang berasaskan kuasa dynamo.
Sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menjayakan pembentukan komuniti ini silaemel kepada :
farsberg@yahoo.co.uk
atau
asiaingenieur@gmail.com

Saturday, August 1, 2009
Isyarat Tangan ILLUMINATI

Terlihat baru-baru ini dalam berita TV memaparkan aksi terbaru bekas pemimpin dan kini dalam pelarian membuat aksi tangan istimewa. Aksi tangan ini amat sinonim untuk kalangan ahli yang telribat dengan gerakan ILLUMINATI tak kira di benua mana dalam dunia kini. Paparan gambar di atas adalah gambar arkib dalam internet tetapi aksi beliau terbaru ini sayangnya tak dapat dicari di arkib internet.
Aksi sedemikian popular bagi segelintir bekas dan pemimpin dunia hari ini seperti di AS, Russia, Jordan, Hong Kong dan ...
Sunday, July 26, 2009
Obat Hati (Melatih Hati Menyiapi Diri Hadapi Ramadhan)

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani
Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi
KLIK UNTUK LAGUNYA:
http://www.youtube.com/watch?v=CjqWIqaU7qg
Labels:
tombo hati,
Ubat Hati
Saturday, July 18, 2009
Jurnal Perjalanan

Khamis, 16 Juli 2009
Menaiki keretapi legenda (Ekspres Rakyat) dari Tanjung Malim menuju ke Butterworth.
Allah SWT mempertemukan penulis dengan seorang hamba Allah yang cukup rendah hati yang kemudiannya bertukar menjadi sahabat.
KISAH 1:
Habis menjamah nasi lemak ayam dan kopi di kafe dalam keretapi AKU terus melampiaskan keinginan untuk merokok di pintu 'buffer koc' keretapi. Ada seorang lelaki juga merokok di situ lalu AKU menegur sapa dengan memberi salam. Mula kami bertukar info tentang diri masing-2. Dia seorang konsultan bebas di dalam bidang pertanian khususnya tanaman organik di Malaysia. Menuju utara tanah air untuk satu konsultansi selama seminggu di ladang yang baru diusahakan oleh seorang individu di sana. Umurnya linkungan pertengahan 40-an dan pengalamanya dalam pertanian ini selama 25 tahun. AKU yang bercucuk tanam bila kelapangan terus tanpa malu menimba ilmu dengan dia dengan bertanya banyak masalah tanaman yang AKU hadapi. Alhamdulillah dia ini tidak kedekut ilmu malah dia mengamalkan konsep menyampaikan ilmu bermanfaat adalah lebih baik. Inilah sifat mukmin dan untung Allah SWT mempertemukan AKU dengan mukmin sebegini dan dalam masa yang singkat AKU sudah menjadi anak muridnya secara tidak formal. Sama macam AKU mengenali blogger LONG TAMBANG, KEHIDUPAN BERSIH, IBNUHASYIM, ROCKY's BRU di mana kesemuanya adalah guru AKU secara tidak formal tetapi mereka ini mukmin sejati yang sentiasa berkongsi ilmu yang bermanfaat.Akhir kisah 1 ini, AKU akan mengunjungi guru baru AKU ini untuk mendalami lagi ilmu tanaman organik secara R&D untuk satu jenis tanaman dan AKU perlu sabar sekurang-kurangnya 1 tahun untuk mendalami ilmu ini supaya ianya benar-benar berhasil.
KISAH 2:
Semasa AKU sibuk berbicara dengan konsultan pertanian tadi, ada juga seorang pemuda merokok di sebelah kami. Namun dia dengan halnya sendiri melayan permandangan sepanjang perjalanan keretapi.Keretapi hampir tiba di Parit Buntar, AKU sekali lagi merokok di tempat yang sama. Kali ini pemuda tadi ada juga di situ untuk merokok lalu AKU memberi salam dan memulakan salam perkenalan. Salam disambut dan persahabatan dimeterai. Alhamdulillah pemuda ini juga memberi AKU satu lagi pengalaman baru iaitu mendekati pengalaman pekerja dia selaku Jurumudi/Pemandu Enjin Keretapi. Rupanya dia sedang dalam 'on-job-buffer' di mana dia akan mula mengawal enjin keretapi mulai dari Butterworth ke Singapura. Umurnya muda dalam linkungan awal 20-an tetapi kerjanya sudah cukup membuatkan dia dewasa. Dia mula berkongsi pengalamannya berkerja sebagai pemandu keretapi dan kami bertukar pendapat dalam banyak perkara tentang keretapi (jenis enjin, jenis koc, teknikal enjin, projek keretapi laju, projek rel berkembar dan hingga ke suka duka dia bertugas di situ). Dia ini juga telah memberi lagi ilmu yang bermanfaat kepada AKU dan secara tidak langsung dia menjadi guru tidak formal bagi AKU mendalami tentang perjalanan perniagaan dan pengendalian keretapi. Alhamdulillah pemuda ini ada visi masa depan yang baik apabila dia berkongsi pelan jangka masa panjang beliau dalam kerjaya. Doa kejayaan AKU hadiahkan buat dia.
AKU kini ketagih untuk menaiki keretapi lagi kerana inilah sistem pengangkutan yang menarik, selesa, santai dan amat menyeronokkan.
Dalam sehari perjalanan aku belajar tentang 'pertanian, kejuruteraan tren, pengurusan ladang, sains organik, pengurusan masa'. Kalau pergi ke kedai buku mahu habis RM300 jika nak mendapat bahan asas sedemikian tapi aku berjimat dengan hanya RM29 (tambang keetapi) aku mendapat asas pengetahuan sebegitu dalam masa singkat.
Wednesday, July 15, 2009
Kongsi Gelap & Suhu
30°C Di Selangor apabila YB menuduh YB bersekongkol dengan pertubuhan kongsi gelap.
Suhu tahap ni air masih sesuai diminum (suam)
70°C Di Penang apabila isu tuntutan demi tuntutan oleh penduduk Kg. Buah Pala.
Suhu tahap ni paling ideal untuk membancuh teh hijau jepun (O-cha)
100°C Di seluruh Malaysia apabila klimaks isu PPSMI diakhiri dengan keputusan
menghentikannya mulai 2012.
Suhu tahap ni masukkan mi segera dalam cawan (cup noodle), cepat jer masak mi
tu.
30°C + 70°C + 100°C = 200°C
Nak minum panas sangat, cawan mi segera (cup noodle) pun lebur. Bagi penulis tahap ni kira takleh nak toleransi dah bab-bab kemasukan unsur kongsi gelap ke dalam politik negara & unsur kongsi gelap-gelap yang makin membimbangkan sejak penglibatan HINDRAF dalam banyak isu-isu menyentuh perkauman.
Minta tolong pak menteri KDN dan pak polis segera tangani unsur-unsur kongsi gelap dan kongsi gelap-gelap di Malaysia. Kongsi ni dah lama dibiar dan makan habis lombong pasir kita. Jangan sampai lombong emas kita pun dia nak makan, nanti dikuburkan kita di lombong tinggal.
Natijahnya:
Kongsi gelap sudah lama wujud di Malaysia sejak zaman sebelum merdeka, ianya ibarat satu sistem yang kompleks dalam masyarakat.
Kongsi gelap-gelap ni baru wujud di Malaysia sejak agenda besar-besaran HINDRAF. Makin lama makin menular keserata Malaysia. Kalau dibiar, lebih berbahaya dari kongsi gelap kerana kongsi gelap-gelap ni ramai professional kolar putih.

kongsi gelap,
sains politik,
YB gengster
Monday, July 13, 2009
KITA (Dulu, Kini, Esok Hari)
KITA dulunya;
Bukan TUAN tetapi selalu menjadi mangsa SENJATA MAKAN TUAN (robohnya Kota Melaka, gugurnya Hang Jebat,syahidnya Hang Nadim, terjualnya Temasek dan Pulau Pinang).
KITA masakininya;
Masih bukan TUAN tetapi selalu dipanggil TUAN demi menjolok ego kita agar kembali pada natijah sejarah SENJATA MAKAN TUAN (rasuah kecil, rasuah besar, pecah amanah, skandal seks, politik wang, ali baba).
Pemaju panggil TUAN pada KITA terus kita tandatangan setuju serah tanah diduduki dengan harga pampasan semurah RM40 000 atau RM60 000. Yang memanggil kita TUAN pula hanya akan serah tanah diduduki jika harga pampasan paling murah RM600 000. KITA murah hati apabila yang memanggil TUAN murah dengan pujian, akhirnya keTUANan kita hanya di bibir keTUANan mereka beraja dalam politik, ekonomi dan sosial.
KITA esok harinya;
Terpulang pada agenda pemimpin dan yang dipimpin untuk berubah. KITA di sini hanya sekadar berkongsi sejarah agar 1MALAYSIA tidak menjadi kuda tunggangan TUAN-TUAN yang memanggil TUAN.
Labels:
1malaysia,
kg. buah pala,
melayu,
one malaysia,
tuan
Subscribe to:
Posts (Atom)