Wednesday, April 29, 2009

Kisah 2 Hari








28hb APR-2009

A.M
~ Minum pagi (roti canai + tempek nyior)
~ Menunggang motosikal menuju ke Hospital Lam Wah Ee (kereta isteri bawa ke tempat
kerja beliau).

P.M
~ Daftar dan terus menuju bilik pakar runding. Menerima arahan supaya berpuasa serta
merta dan terus didaftar masuk kedalam wad. Seronok juga duduk di wad kelas pertama
dengan kemudahan dan persekitaran yang sangat baik. Membeli naskhah NST dan Utusan
Konsumer untuk menghilang kebosanan di atas katil wad nanti.
~ Pukul 4 mula dibawa ke bilik pembedahan, awalnya hendak dibius separuh badan.
Setelah diteliti, doktor bius mohon kebenaran untuk menidurkan saya dengan bius
agar proses pembedahan lebih lancar.
~ Saya mengorak senyum apabila keluar dari kereta dan menuju rumah sambil lambai
tangan ke arah isteri yang berada di depan pintu (rupa-rupanya ini mimpi). Ketika
itu mata dibuka dan saya masih di atas katil. Terasa sikit pedih dibahagian perut,
saya anggap pembedahan masih belum bermula kerana saya baru terasa seperti berada
dalam bilik itu (rupa-rupanya dah 3 jam saya disitu). Pembedahan sudah selesai,
hanya fikiran saya yang beranggap saya masih baru di situ (mungkin kesan ubat bius
yang disuntik melalui saliran air di tangan)... :)
ALHAMDULILLAH masih bernyawa....
~ Tidur semalam dihospital sambil ditemani isteri yang awalnya saya suruh pulang
dahulu menemani anak-anak dirumah. Tapi dia ingin juga temankan dan saya tak marah
pun, itu kemahuan dia. Isteri membeli makanan dari luar (bihun spt yang saya
inginkan) sebab lapar sangat sejak sarapan roti canai tidak jamah apa makanan lagi
~ Makan ubat dan teurs baring di katil....asyik menukar siaran di TV tanpa hala tuju.
Sebenarnya saya menunggu pukul 2:00pagi untuk menonton siaran langsung Chelsea
bertemu Barcelona (nyaris tak bersorak di hospital).

29hb APR-2009

A.M
~ Menonton siaran langsung hingga habis.
~ Selang seli jururawat datang mengambil tekanan darah dan suhu badan sejak malam.
~ Doktor datang melawat dan memberi keterangan ringkas tentang pembedahan semalam.
~ Dinasihatkan bercuti selama 2 minggu dan datang ke hospital setiap hari untuk
membuat pencucian pada luka pembedahan. Temujanji dengan doktor juga selepas 2
minggu untuk rawatan susulan. Cuma doktor ada berkata jika luka lambat sembuh,
kemungkinan akan ambil masa hingga 6 minggu (hmmm takkan nak bercuti selama 6
minggu ??)
~ Bersarapan hanya dengan bubur oat....(makan lalu sebab lapar)

P.M
~ Bersiap untuk pulang dan kemaskan segala barang persendirian
~ Ejen insuran datang melawat dan membantu dalam proses prosedur pampasan.
~ Makan tengahari (lauk pauk vegetarian) ...hmmm habis juga sebab betul-betul lapar.
~ Motosikal terpaksa ditinggalkan di hospital sebab isteri berkeras suruh saya
naik kereta yang dia pandu balik kerumah. Asalnya saya nak balik sendiri juga
motosikal....hehe itulah perancangan saya pada awalnya semasa mula-mula datang
ke hospital.
~ Mulai hari ini saya berehat sepenuh masa di rumah. Tiada lagi perancangan terbaru
untuk meneroka mana-mana lubuk ikan, masuk hutan, atau berkebun. Betul-betul nak
berehat untuk membolehkan cepat sembuh.
~ Merancang mendapatkan sebotol gamat atau tablet ikan haruan untuk ubat sampingan.

Waktu begini teringat betapa untungnya beristeri dan didampingi serta dibantu dalam kesusahan. Walaupun kita tak mahu menyusahkan dia tapi isteri tetap dengan tugas beliau... Waktu senang kadang-kadang lupa jugak nikmat adanya isteri ni.

Anak-anak yang masih kecil pun tahu bertanya "ayah sakit?". Alhamdulillah ini cuma pembedahan kecil dan umur dipanjangkan lagi. Mohon keberkatan agar lebih kuat dan tabah menempuh hari muka dan semoga jasa isteri dibalas setimpal di akhirat kelak.

Sembuh esok jangan pulak kerap masuk hutan lagi dan tinggal isteri dan anak-anak dirumah berpanjangan!!! hehehehhe

3 comments:

Anonymous said...

Patut la 2 hari takdak berita. Alhamdulillah semua dah selamat. Minor surgery tak la susah jaga sangat. Pernah juga masuk wad Pantai Hosp 1 minggu sb surgeri. Doktor cakap minor tapi apa ke jadahnya minor kalu luka panjang sejengkal! Bosan habis dah ler tak leh 'perasap'.

Leenoh said...

Salam.
Baca dari awal sampai selesai, Tapi sikitnya apa ye ?. Saya juga pernah beberapa kali ke Hospital Wah Ee tapi urusan orang lain.
Begitulah kita didewasakan Allah melalui pengalaman demi pengalaman dengan itu kita semakin kenal dunia dan kenal Allah.
Allhamdulillah anda telah selamat.

HeroHuruHara said...

Assalamu'alaikum Bro Zaidi..Pak Leenoh,

Sangkal doktor kemungkinan ini jangkitan mikro-oranisma dalam persekitaran semak belukar, hutan, sungai, paya dan mungkin juga di ladang-ladang.

Badan kita mungkin mudah diserang mikro-organisma ini apabila antibodi menjadi lemah akibat kita lambat mandi setelah berjam-jam berpeluh dan dilitupi dengan habuk-habuk atau kesan-kesan kotoran dari tempat sedemikian. Lepas ni kena displinkan diri supaya cepat mandi dan membasuh badan dengan sabun apabila pulang dari mana-mana aktiviti luar.

Tambahan kini mikro-organisma berupaya mengubah genetik menjaid lebih kuat apabila kerapkali hujan asid, semburan racun tanaman dan juga sampah sarap di sungai yang bercampur dengan segala toksik. Sepertimana senjata biologi yang berupaya membunuh dengan senyap (mcm posting Bro Zaidi).