Monday, May 11, 2009

Kejayaan untuk Kegemilangan



Dalam perniagaan, hubungan sosial, mahupun permainan setiap kejayaan pasukan bukan diukur pada kejayaan semasa tetapi lebih kepada kegemilangan dalam mendapatkan kejayaan.

Sebagai contoh FIAT yang kini meniti dibibir dunia kerana menghampiri suatu kegemilangan di dalam arena perniagaan. FIAT dahulunya merupakan pengeluar kereta tradisi dan bukanlah pengeluar utama di benua Eropah apatah lagi di dunia. FIAT memang mempunyai banyak model yang boleh dianggap 'masterpiece' sepertimana Ulysse, Panda dan Brava. Tetapi nama FIAT tenggelam dalam mencapai tahap kegemilangan sebaliknya hanya sekadar mendapat kejayaan semasa iaitu mencapai jangkaan KPI (tahap jualan, memenangi anugerah automobil).

Hari ini setelah dinilai prestasi FIAT dari segi objektif mendominasi 'goodwill' dalam dunia permotoran sudah pastinya akan meninggalkan satu bekas kegemilangan yang sukar dipadam dan akan diingati bertahun lamanya. Bermula dengan kempen pengambil alihan Chrysler, diikuti dengan GM dan terbaru dengan pelan untuk mendominasi Opel. Jika salah satu atau semua langkah ini berjaya maka FIAT sudah menempah satu petak SUPER VIP dan pastinya akan menggugat kedudukan Toyota yang masih kekal sebagai pengeluar kereta terbesar di dunia. Memang itulah impian FIAT untuk menjadi pengeluar terbesar di dunia.

Apa yang tersurat di atas boleh dijadikan satu subjek pengurusan dan pembangunan perniagaan yang amat menarik kerana model subjek adalah berkisar kepada situasi sebenar dan memerlukan daya analisis yang baik. Sepertimana dulunya Coca Cola menjadi model popular bagi pembelajaran bidang pengurusan. Kemungkinan besar para penulis buku motivasi seperti Lim Peng Soon ( Billy aka PS Lim)akan menulis siri lanjutan Dare2Fail dna kini berkisar kepada kisah Krisis Ekonomi terkini dan FIAT bakal menjadi salah satu model kajian. Bagi kita penulis blog yang sangat amatur, mungkin ini suatu mutiara untuk memulakan langkah dalam menghasilkan buku sendiri berkisar kepada motivasi dan untungnya kita ialah subjek dan model terbentang luas di depan mataa kita. Ambillah peluang dan mungkin dalam kegawatan anda memperoleh suatu kejayaan dan seterusnya berkerja lagi mendapatkan kegemilangan dalam usaha anda.

1 comment:

Anonymous said...

Terdapat perbezaan nyata antara para gergasi permotoran Eropah, Amerika dan Jepun. Di Eropah, bisnes berasaskan material, kualiti dan maruah. Di Amerika, bisnes berasaskan tukaran saham tanpa maruah. DiJepun, sama seperti di Eropah tetapi ditambah faktor Kos sebagai faktor penentu pasaran.

Polisi lain2 syarikat berbeza-beza begitu juga strategi masing2.

Seeloknya Toyota dijadikan piawai.