Showing posts with label pasukan keselamatan pulau betong. Show all posts
Showing posts with label pasukan keselamatan pulau betong. Show all posts

Sunday, April 12, 2009

Udang Kara AKA Lobster from Pulau Betong






Pulau Betong sudah terkenal sebagai destinasi pendaratan ikan segar di Balik Pulau. Kalau ingin merasa enaknya masakan ikan segar di rumah maka berduyun-duyunlah kaum memenuhi ruang penjualan ikan segar di sini. Nak merasa enaknya ikan bawal angsa, ikan bawal tambak, ikan senangin, ketam renjong, ketam bunga, ikan pelotan, ikan pari, ikan kerapu, ikan bara-bara, ikan gerut-gerut, udang kaki merah, udang lipan dan berbagai spesies lagi. Perairan sekitar Pulau Betong merupakan hamparan karang hidup yang pernah diwartakan sebagai antara 'Hamparan Karang Terbesar di Asia' pada tahun 1994. Membuktikan lagi fakta itu, pengail dan penjala pesisir pantai mampu menaikkan hasil spesies kerapu bintik, kerapu tikus, kerapu merah ikan pecah periuk, pari kelawar dan udang karang dengan hanya jarak operasi tangkapan hanya sekadar 5m ~ 30m dari pinggir darat. Saya sendiri biasa menaikkan spesies semilang karang di lokasi sedemikian. Pantai Pasir Panjang di Pulau Betong juga merupakan antara lokasi terletaknya hamparan karang di mana begitu banyak spesies anak kerapu berkeliaran (lokasi terperinci dirahsiakan demi menjaga hasil laut supaya berkekalan).

Hari Jumaat yang lalu saya telah membeli Udang Kara (Lobster) di Pulau Betong dari seorang peniaga. Saya diberi ruang untuk memilih sendiri udang kara dan saiz yang saya kehendaki dan kesemuanya masih hidup dan bergetik-getik melompat semasa proses pemilihan. Bayangkan pada hari itu saja saya bisa membeli sebanyak 7 ekor udang kara hidup. Hari itu Pulau Betong ibarat syurga hasil laut yang bernilai eksotika tinggi. Masa yang sama saya bisa memperolehi ikan bara-bara bersaiz 800 gram ke 1 kg yang cukup segar (baru dinaikkan dari sampan nelayan). Ditambah lagi dengan ikan gerut-gerut yang segar, senangin, dan ketam renjong. Hari Jumaat lalu saya menikmati hasil laut yang mewah dan segar dengan belanja tidak sampai RM50 untuk kesemuanya!!! Mungkin ini bukan harga sebenar di pasaran, tetapi merupakan harga ikhlas kawan-kawan yang selalunya cukup bermurah hati memberi ketam renjong, udang lipan dan ikan-ikan kecil segar percuma jika saya setia menunggu mereka di tengah malam di jeti untuk membantu memunggah ikan. Kalau diikut, rezeki sebegini memang selalu dan inilah kehidupan di Pulau Betong yang tidak akan dapat dinikmati di lain-lain tempat. Isteri saya pada hari itu mulanya memperli saya kerana anggapan beliau saya berbelanja besar pada hari itu dalam suasana ekonomi yang gawat dan patutnya perbelanjaan patut diketatkan. Saya meyakinkan beliau yang saya hanya berbelanja kecil untuk hasil sedemikian dan dia sendiri tidak percaya. Bukan soal percaya atau tidak tetapi soal prinsip persaudaraan, persahabatan dan keikhlasan di sini antara saya dan kawan-kawan begitu mendalam ertinya. Duit ringgit tidak dipandang tetapi eratnya pertalian antara sahabt di sini (Pulau Betong) sukar dicari. Semoga Allah melimpahkan rahmat serta rezeki dan memelihara kawan-kawan saya ketika berusaha di lautan.

Apapun isi udang kara sememangnya sedap...lebih lembut dari udang galah dan lebih manis dari kebanyakkan spesies udang. Ianya hidup di perairan yang bersih jernih, memakan plankton sekali-sekali memakan isi ikan umpan pengail, diam di dasar yang berpasir dan tidak berselut, dan memerlukan suhu yang sesuai atau ianya akan berpindah ke lubuk baru. Dari segi komersial, udang kara sama seperti udang lipan yang sangat diminati oleh golongan peminat udang eksotik terumata di Taiwan, Singapura, Hong Kong, Macau dan Jepun.

Wednesday, January 28, 2009

Pasukan Keselamatan Pulau Betong ( Balik Pulau)

Pasukan ini ditubuhkan beberapa bulan yang lepas dengan objektif menaik taraf keselamatan sosial dan hubungan antara kaum di Pulau Betong. Penglibatan antara penduduk Melayu dan Cina dalam pasukan ini menampakkan kekuatan muafakat masyarakat di Pulau Betong. Barisan yang dilantik adalah seperti di bawah:-

Harris Mat Jam 016 471 5967 (Pengerusi JKKK/Qaryah )
Kamal Samsuri 013 475 4457
Faizol Said 012 462 7614
Marzuki 012 557 3331
Shukor 012 454 3099
Hanizam 012 461 7326
Amir Halet 012 459 7991
Hussin Md Zain 012 425 6824
Zulkifli Nayan 012 429 9941
Samsuri Dali 012 492 5433
Kamal Mokhtar 013 492 9822
Hamizi Hussein 012 461 3673
Haizal Hazri 012 558 6158
Madzhar Yahya 013 404 6747
Zaini Farizan 017 409 3606

Kent 016 422 2498 / 019 424 6238 (Pengerusi Pasukan)
Ooi Yong Kooi 016 4566663
Ogu 012 565 6974 / 016 4655299
Ah Yong 012 553 6380
Michael 016 496 8050
Antu 014 601 3893 / 016 476 5257
Kong 013 447 3376
Yu Huat 019 446 6646
Ah Sing 013 456 8803
Mamku 019 427 2327
Yet Chin 016 401 6809

Wakil PDRM Pondok Polis Pulau Betong:
Awang 013 442 4420
Syarul 017 584 7225

Nombor Kecemasan di Balik Pulau:
Pondok Polis
Pulau Betong 04 866 9308
Hospital Balik Pulau 04 866 9333
Balai Bomba 04 866 9444
04 866 1360