Showing posts with label perpaduan. Show all posts
Showing posts with label perpaduan. Show all posts

Sunday, March 8, 2009

Main WAU (wow!) di Balik Pulau



Dah 3 minggu kelihatan kawan-kawan dok main wau di Pulau Betong. Wau depa bermacam rupa, saiz, dan bentuk. Bukan selalu nak tengok orang main wau ramai-ramai hanya di Pulau Betong setakat ni yang aku ketahui sejak zaman-berzaman.

Hari ni yang membuatkan aku sanggup ikuti perkembangan depa ni (pemain wau) adalah kerana ada satu wau yang 'sempoi' gagah menyonsong angin di udara. Wau berbentuk jet pejuang yang sangat besar, tapi aku tak tau wau ni sapa yang punya....hmmmmmm mungkin Man Belon yang punyaaa!!

Sepanjang hidup aku, pernah aku buat layang-layang saja guna lidi nyioq dengan surat khabar lama. Seingat aku, semua layang-layang aku akan patuk cacing bila dimainkan. Hahahahah punya la mangkaq tangan aku ni bukan tangan kraftangan tapi lebih kepada krastangan (teringat ruangan krastangan dalam komik humor Gila-Gila).

Aku cukup kagum dengan kemahiran kawan-kawan di Pulau Betong yang mahir dalam seni membuat wau dan mahir dalam permainan wau hingga wau mereka mampu berada di udara berjam-jam lamanya. Ada yang berdengung di udara seperti mana bunyi jet kecil pemantau tanpa pesawat.

Tapi sayang la beb ! Yang dok main wau di Pulau Betong semuanya umur 20-an hingga 50-an, takdak budak-budak langsung yang main apa lagi nak belajar buat wau.

Ada baik juga kalau seni membuat wau ni diajar di sekolah dengan objektif pelajar-pelajar memahami konsep fizik mudah dalam kehidupan. Wau adalah satu seni dan juga merangkumi aktiviti sosial berkumpulan. Dalam bahasa mudah, melalui permainan wau orang Melayu khususnya belajar fizik, seni kraftangan dan bermasyarakat.

Mungkin ini sebabnya di Kampung Pulau Betong orang muda dan tua dapat duduk semeja dan bersosial tanpa ada sempadan umur yang menghalang. Ini bukti wujudnya perpaduan dan persefahaman antara golongan muda dan golongan tua di sini. Aku merantau dan menetap di banyak tempat termasuk di negeri orang tetapi belum pernah aku jumpa satu komuniti yang sebegini di mana-mana kecuali di Pulau Betong.

Apa pun wau 'jet pejuang' yang aku dok ushar siang tadi cukup mengagumkan.

Memang WOW !!!