Sunday, December 28, 2008

Salam Awal Muharram buat warga Balik Pulau

Tahun Baru Islam Isnin ini memberi ilham untuk saya mengimpikan sesuatu yang baharu dan menambah baik pada yang sedia ada.

Berdoa agar ditambahkan rezeki dan dielakkan dari mengalami situasi buruk.

Berdoa agar mengenali lebih ramai saudara Muslim yang menyahut seruan fardhu kifayah dalam bidang ekonomi niaga terutama di bidang kritikal seperti klinik, pekhidmatan foto, bengkel automotif, kedai alat ganti automotif, kedai pakaian, pasaraya, pemborong runcit, pembekal buku dan majalah, pencetak iklan, pembekal bahan binaan, pembekal alat kejuruteraan, kedai komputer dan elektrik, penjual motosikal, pengusaha motel/hotel/rumah inap dan dsb nya.

Berazam untuk menambaik baik diri dalam ilmu ukhrawi serta menguatkan jati diri sebagai Muslim.

Bertekad untuk mengelak sebarang permasalahan sesama saudara Muslim dan menjernihkan suasana keruh sepanjang perjalanan hidup di tahun lalu.

Berazam untuk menambah bilangan buku yang dibaca, dikaji dan dipraktik.

Berazam untuk mendalami kefahaman isi Al-Quran (mungkin perlu siapkan diri untuk luangkan masa berkualiti menghadiri kelas harafiyah)

Mendekatkan saudara Islam yang jauh dan merapatkan saudara Islam yang dekat.

Biarlah tahun lalu yang penuh dengan kata nista sepanjang perbalahan politik antara dua pihak yang ditunjangi oleh saudara-saudara Islam kita dapat dilupakan dan membuka lembaran baru dalam satu pakatan yang teguh iaitu MUSLIM SOLIDARITY.

No comments: