Saturday, January 10, 2009

Back to Basic Mission@Balik Pulau


Agenda:

10 JAN 2009
Sabtu--> teruskan niat untuk menyusuri saki baki sungai dan parit yang masih dihuni
ikan-ikan bernilai tinggi. Misi mencari PUYU, SEPAT, HARUAN dan UBI
(KETUTU)perlu dilangsaikan dengan sebaik mungkin.

Misi ini ditambah baik lagi dengan joran aksi sederhana yang baru, joran puyu yang baru, serkap jaring yang baru, umpan tiruan yang baru, serta peta lubuk-lubuk yang baru dijumpai.

11 JAN 2009
Ahad--> andai dimurahkan rezeki..Insya Allah. Pelan menambah benih ikan liar dalam
kebun aku akan ditambah. Niat untuk menternak dengan teknik Back to Basic
mungkin tercapai. Insya Allah.

Misi 'Back to Basic' kali ini berkisar tentang pemburuan ikan sungai liar yang bakal ditempatkan semula dalam parit terkawal dalam kebun-kebun kecil. Mengoptimum guna pakai tanah yang diusahakan agar mencapai objektif penggunaan bijak (tanaman dan ternakan dalam satu kawasan). Misi ini bertujuan mendidik anak-anak aku dan anak-anak saudara. Selain itu memberi kefahaman kepada mereka bahawa nilai tanah bukanlah pada keluasan atau taraf guna pakainya. Tetapi nilai tanah itu bergantung kepada tuan tanah yang mengusahakannya. Maka kemudian hari apabila tiba masa mereka yang akan memerintah tanah-tanah tinggalan ini maka tidak mudah mereka menjual sesuka hati. Di samping menerapkan sedikit ilmu kemanusiaan dan sifat berdikari dalam jiwa bakal pemerintah tanah ini suatu hari nanti. Insya Allah ini yang termampu untuk kuhadiahkan buat generasiku. Di samping belajar selok belok ekonomi iaitu bagaimana memaksimumkan keuntungan tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan.

Gambar PUYU ihsan dari sepupu aku. Terima Kasih

No comments: