



PULAU BETONG - 1 Jan 2009 (4 Muharam 1430 Hijrah)
1:20 pagi
sedang asyik tiga sahabat berbicara di warung sambil menjamah Char Koey Teow. Seorang sedang sibuk memotong tiket undi dan menyusun tiket undi dan yang lainnya
sedang memeriksa checklist memastikan persiapan lancar.
2:00 pagi
tiada seorang pun pemuda yang dapat disambar sebagai petugas peti undi.
9:00 pagi
tidak nampak tanda -tanda adanya pembuangan undi akan berlaku. Maaf kelewatan tidak dapat dielakkan kerana masih tiada petugas .
10:45 pagi
pembuangan undi bermula, masih tiada petugas khas selain dari beberapa orang dari kelompok Jawatan Kuasa yang dibubarkan tengah malam tadi yang sama-sama berpakat untuk menjayakan juga perkara ini.
11:00 pagi ~ 3:50 petang
pembuangan undi berjalan lancar, petugas khas bersilih ganti dan makin rancak suasana petang apabila ramai yang mula berkumpul di lokasi-lokasi pembuangan undi untuk sama-sama menggamit pengundi-pengundi yang kebanyakan tidak tahu adanya pembuangan undi hari ini. Peratusan keluar mengundi semakin bertambah apabila pengundi-pengundi juga turut sama mencari kawan dan saudara masing-maisng yang layak mengundi untuk datang menunaikan tanggungjawab.
4:00 petang
tamat masa pengundian dan peti undi diserahkan ke pihak Jawatan Kuasa Qaryah di masjid untuk pengiraan undi dan pemeriksaan buku daftar pemilih.
5:00 petang
keputusan rasmi dikeluarkan dan tahniah kepada yang berjaya dipilih untuk menerajui Jawatan Kuasa Pemuda Qaryah (Ketua Pemuda,Penolong Ketua Pemuda, Setiausaha) untuk sessi baru. Syabas buat yang tidak terpilih kerana anda masih antara yang terbaik dalam sessi pencalonan.
Tahniah buat anak-anak Qaryah Pulau Betong kerana mengekalkan tradisi muafakat dengan suasana yang cukup positif. Bersih dari caci maki, tohmahan dan fitnah menfitnah menunjukkan Qaryah Pulau Betong adalah komuniti yang cukup matang dan bertanggungjawab. Jumlah keluar mengundi juga amat membanggakan iaitu 160 pengundi dari 300 senarai yang layak mengundi.
P/S: Gambar-gambar sekitar hari pembuangan undi akan disiarkan sedikit masa lagi.
KEPUTUSAN RASMI:
Senarai Nama Calon:
Abdul Raif bin Abdul Halim memenangi jawatan Ketua Pemuda Qaryah
Abdul Shukor bin Abdullah
Abdul Wahab bin Yusuf memenangi jawatan Pen.Ketua Pemuda Qaryah
Abdul Rahman bin Abdul Razak
Abdul Rahim bin Abdul Rahman
Arshad bin Che Mat
Azizan bin Ahmad
Jamil bin Budin
Kamal bin Ahmad Mokhtar
Shukri bin Zakaria memenangi jawatan Setiausaha Pemuda Qaryah
Peratusan Keluar Mengundi: 53%
Undi Rosak: 1 Undi
No comments:
Post a Comment