Wednesday, January 28, 2009

Prosperous County (Balik Pulau)






Bau air laut dan angin yang sejuk amat menyenangkan hati dan melapangkan fikiran. Inilah yang aku cari dan sayangi selama ini, dan inilah puncanya aku meninggalkan kota besar di negeri orang. Sememangnya 'hujan emas' di negeri orang; itulah adat orang berdagang dan merantau. Tetapi 'hujan batu' di negeri sendiri yang aku cari.
Bukan tidak sayang pada sesuap nasi yang besar di negeri orang. Akan tetapi, kecilnya sesuap nasi di negeri sendiri lebih mendamaikan. Setiap kunyahan ada rasa, ada jiwa dan ada nikmat. Bagi yang tidak tahu atau belum tahu inilah bumi bertuah sebenarnya. Di mana gabungan alam semulajadi membentuk satu hamparan tanah yang kaya dengan hijau flora dan liarnya fauna sekeliling. Dari hulu hingga ke hilir hati terhibur dengan alam tua yang sentiasa berkongsi isi alamnya.

Hari ini aku ke pantai, esok aku ke sungai, lusa aku ke bukit, dan tulat aku ke bendang. Tidak ternilai harga isi bumi yang aku jejak ini. Hari ini ia masih sudi berkongsi dan biarlah esok juga sama. Harapan buat anak bumi ini, jagalah selagi ia bernyawa. Seperti mana seorang anak yang menjaga ibunya, jagalah bumi ini kerana nyawanya adalah masa depan kita.

9 comments:

Anonymous said...

There's no better place like home!
Aku pun nak balik kerja kampung juga. Sekarang aku kena cari duit di bandar dulu. Bila akaun bank dah penuh aku nak balik usahakan tanah tok nenek di Prosperous County. InsyaAllah.

HeroHuruHara said...

There is a will, there is way Bro!

Hahahaha tunggu akaun bank mau penuh ..fuhhh bila tu? Insya Allah

Our beloved prosperous county always there for her sons..........

Anonymous said...

Dua Tiga tahun lagi kot....tu pun kalau bank tak bankrap atau siphon duit keluar.

Sementara tu Hero jaga la Prosperous County kita tu baik2. Bila aku balik nanti aku lantik Hero jadi Sheriff atau Mayor.

HeroHuruHara said...

Cerita harga Vanilla ni terus telan air liur...

kalau 1/2 ekar tanah sesuai dak kalau ditanam pokok vanilla?
yang ni maaflah takleh tanya peg pertanian pasai tak termasuk dlm subkej depa di Balik Pulau..

Anonymous said...

1 acre = 660 vanilla trees.
1/2 acre = 300 vanilla trees.

Planting layout – 4 X 3 rows 12 rows, 1 row 81/1.5 = 54 ~ 55 plants; 660 trees/acre.

Cost of seedling = RM6 per tree.

HeroHuruHara said...

Tanaman perlu berada bawah teduhan seperti di bawah pokok-pokok kelapa. Boleh ditanam selang seli di antara pokok-pokok kelapa sebagai contoh.

BETUL KA FAKTA DI ATAS?

Ni kira dah nak mula 'DOE PLAN' peringkat pertama. Sanggup korbankan plan tanam mempelam untuk ganti dengan plan tanam vanilla.

Anonymous said...

Rujuk posting Nyior Pandan, Vanilla & Serai Wangi kat posting blog Longtambang. Vanilla ditanah di celah pokok kelapa. Tanam dalam polybag atas rak bertingkat pun boleh. Selamat mencuba.

:: @ m e r a l i t y :: said...
This comment has been removed by the author.
:: @ m e r a l i t y :: said...

home sweet home...really sweet..hehe especially p.betong... nice post bro thumb up!!