Seminggu yang lalu aku tanpa dirancang menyusuri beberapa kampung sekitar Balik Pulau. Aku masuk ke Permatang Pasir hingga sampai hujung kampung aku patah balik dan terus ke Sungai Rusa. Menyusuri lagi hingga ke Sungai Pinang dan aku memasuki Kuala Sungai Pinang.
Dek kerana cantiknya Kuala Sungai Pinang aku terus sambil makan angin membaling kail (menggarau guna umpan artificial)..ROD dan peralatan sentiasa berada dalam kereta aku..Jalan tak berapa elok pasai itu jalan bakau (tanah merah berdebu dan berlubang-lubang). Rasa macam peserta CAMEL TROPHY atau PARIS-DAKAR RALLY (hahahaha habihla sistem suspension kereta aku)!
Punya 'ghalit' dok menyusuri khazanah bumi Balik Pulau tu aku tersedar bila aku sampai ke Kuala Jalan Bharu melalui jalan berliku tersebut. FUHHHH tak sangka punya jauh berjalan dan mungkin kerana masyuk sangat sampai lupa sampai mana hala tuju.
Rilek sat kat kedai GULAI SEMBILANg Kuala Jalan Bharu ...kena ayaq sirap segelas sambil pekena PAIP..DALAM HATI AKU RASA BERSYUKUR DAN SANGAT BERUNTUNG KERANA HARI INI AKU MASIH SEMPAT MENIKMATI KEINDAHAN DAN KEASYIKAN ALAM HIJAU WARISAN SENDIRIAN TANPA SEBARANG KETAKUTAN ATAU ANCAMAN. MUNGKIN SAUDARA MUSLIM KU DI TANAH SEBERANG YANG BUMI NYA LEBIH CANTIK SEKADAR MENIKMATI NIKMAT ITU DARI JENDELA KERANA HARI-HARINYA PENUH DENGAN ANCAMAN DAN DUGAAN KEZALIMAN.
Dalam pada itu terasa betapa aku ini juga seorang yang mementingkan diri sendiri kerana:-
sepanjang perjalanan aku berjumpa dengan ramai bekas rakan sekolah aku masa di Sekolah Seri... tapi aku hanya mampu ingat muka tapi sukar nak ingat semula nama mereka..Yang pahitnya aku sendiri tak tahu rumah mereka terletak di kampung-kampung yang aku susuri hari itu.. Yang sempat aku bersapa dan ada yang aku singgah sekejap hingga sama-sama dapat salam untuk mengingat semula detik-detik perkenalan semasa di sekolah..
7 comments:
Salams Hero,
Parit & taliair kat area Pulau Betong-Kg Perlis-Kuala Jalan Baru memang berjenuh dengan ikan! Orang Pulau tak makan ikan darat...sebab tu berjenuh! Aku pun tak makan ikan darat, ngail syok2 ade le.
tapi hari ni PORT ikan darat (PUYU dan HARUAN) habih kena AMBUSH ...
licin dikerjakan oleh pengail-pengail...
harga PUYU hari ni pun naik; RM1:00/seekor.
Macam mana perkembangan bisnes ?
memang syok rayau2 cherok2 tu... aku pun ada gak rayau ngan moto sekali dua kala... kuala sungai dekat pulau betong (sg burong kot) tu pun bes nak lepak2. sayang x dak wifi lagi.. ;)
bro Zaidi, baru serempak ngan your blog, hasil rekomen Pak Ibnu Hasyim... menarik, menarik...
Hero & NaS,
Zaman "global financial crisis" ni apa2 biz pun goyang. Mat Salleh kata "Only the Strong Will Survice". Siapa selamat, dia sukses. Harga ikan sepat & puyu pun dah melambung. PATI2 terutama India, Myanmar, Bangla, Nepal & Vietnam di kampung pun dah melambak. Depa ni "pemangsa ikan antara bangsa" yang tidak bertimbang rasa. Anak gelama pun depa pukat. Anak puyu pun depa jala. Kawasan pantai & muara sungai tempat ikan bertelur pun depa balun. Macam ada sindiket nak perabih hasil Malaysia saja.
Semalam aku terbaca iklan broker tanah nak jual 230 ekar tanah (mak oi, luas tu!) di Balik Pulau. Kalau jual Melayu kita nak duduk kat mana? Celah2 apartment? Harap hangpa jaga2 le tanah pesaka tok nenek kita. Buat tanam nyior pandan ke, vanilla ke, serai wangi ke, bela lintah ke, bela lembu ke, bela puyu ke...asalkan jangan jual. Pergi la Pejabat Pertanian Balik Pulau, jumpa En Hidzir...dia boleh bantu secara teknikal.
Thanks for visiting blog Longtambang. Regards.
En. Hidzir tu sepupu saya dan selain dia boleh juga berkomunikasi dengan En. Hasim dan En. Nasriq.
'Global Financial Crisis' kali ini memang sukar nak diduga. Kita tak pasti apa 'trend' permintaan selepas krisis ini. yang nyata bidang berkaitan komputer memang teruk terjejas. Saya sendiri mengusahakan perniagaan pembekalan 'laptop' berjenama dan sejak Oktober lalu jualan bulanan merosot dan banyak deposit tempahan di ambil balik. Pelancaran promosi produk terbaru saya iaitu Personal Tablet PC (internet ready) pun goyah. banyak inkuiri tetapi 'sales forecast' tidak memuaskan.
Bab kepupusan ni memang nyata pendatang asing banyak merosakkan ekosistem pengairan kita. Tetapi salah kita kerana selama ini kita yang membiarkan khazanah bumi ini tanpa sebarang pembelaan dan pembangunan yang serius. Sejak pelancaran 'Pertanian Adalah Perniagaan' secara makro barulah nampak penglibatan orang tempatan khususnya Bumiputera dalam sektor ini. Dahulunya bukan Bumiputera sudah mengembleng idea menjana pendapatan ratusan ribu ringgit melalui sektor ini. Di Pulau Pinang bukan sekadar ikan yang diternak tetapi udang lipan (mantis) pun sudah diternak hampir 10 tahun oleh seorang peniaga bukan Bumiputera. Pasaran udang lipan fuhhhhh lumayan, semasa di Jepun saya ada beberapa siri makan malam dengan pengarah senior syarikat di sana. Nak mencuba menu udang lipan amat sukar kerana harganya mencecah RM500 ringgit satu hidangan anggaran seekor udang lipan berat 700gram. Saya pernah meneroka bidang penternakan udang lipan ini, tapi ilmu tak cukup dan pengalaman belum ampuh. Gagal suku jalan!
Untuk berkongsi, saya mengusahakan kebun skala kecil dengan tanaman nukleus (pisang, kelapa, limau kasturi, serai wangi, mata kucing, anggur). Dalam plan tahun 2009 bercadang nak menceburi bidang pembungkusan makanan dan penghasilan minyak pati ( serai wangi, cengkih, kayu manis, kunyit, halia). Baru berjumpa seorang 'potential partner' beberapa bulan yang lepas tetapi tak sempat dia dah masuk venture dengan pemilik Dunia Herbs di KL.
Insya Allah rezeki Allah itu sesuatu yang dijanjikan dan pastinya usaha serta ilmu menjadi titik permulaan penting.
Pasal 'land brokerage' di Balik Pulau ni memang serius. Kalau ikut pengetahuan saya sendiri tanah di Pulau Betong pun sudah beratus ekar bertukar tangan dari pemilik Bumiputera ke tangan pemilik asing dari Singapura. Daripada tebing jalan utama hingga ke atas bukit luasnya tanah tu. Termasuk tanah disekeliling bukit Bakar Kapur hingga ke Pantai Pasir Panjang. Selain dari kita (marhaen), kita amat berharap pemimpin tempatan kita aktif dan serius dalam usaha memulihkan keyakinan kita dalam agenda mempertahankan tanah warisan kita disamping diselitkan dengan program Pertanian Adalah Perniagaan.
Kalau tak dibendung, 10 tahun dari sekarang Balik Pulau tidak ubah seperti mana Pulau Batam dan Tanjung Pinang di mana rata-rata hartanah perumahan dan hartanah komersil dimiliki oleh rakyat Singapura PENCEN yang KAYA lagi RAYA.
Bro Nas mungkin ada idea untuk membawa agenda ini kedalam kalendar aktiviti BP Social Entrepreneur.
Zaman krisis ni impak kepada pasaran memang hebat. Bank tiada duit nak bayar LC pengekspot. Bank juga tiada duit nak beri pinjaman. Kuasa membeli pun jatuh. Kadar pengangguran meningkat. Para usahawan yang takut ambil risiko cuma amalkan konsep "tunggu & lihat". Yang ada sumber pula buat "business diversification". Ramai juga usahawan yang mendapat banyak faedah (market share & price domination)daripada kegagalan pesaing2 yang kecundang macam DOMINO.
Biz paling lumayan sekarang ialah bioteknologi & hasil pertanian. Sekilo "Vanilla Supercritical Extract" mencecah RM3K. Ikan Bawal Tambak RM40 sekilo. Masalahnya cuma pasaran. Biz paling tak guna ialah broker2 tanah yang selalu kena "bypass". Komisen tak dapat tanah kampung tergadai.
Post a Comment