Thursday, February 19, 2009

53 Tuntutan-FOMCA yang realistik buat rakyat MALAYSIA

FOMCA DI PENTAS MEDIA : MEMORANDUM 53 TUNTUTAN - FOMCA : 2008-02-22
SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM KE-12
MEMORANDUM TUNTUTAN
GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENGGUNA-PENGGUNA MALAYSIA (FOMCA)
SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM KE-12
Kepada:
Calon-calon Pilihan Raya Umum Ke-12 --> kini dah bergelar ADUN dan MP
Kawasan Parlimen & Dewan Undangan Negeri,
Parti-parti Politik Malaysia,
Bakal Kerajaan Persekutuan & Negeri,
Rakyat Malaysia

PEMBANGUNAN
1.Bantuan asas kepada persatuan pengguna berdasarkan per kapita 1. jumlah penduduk.
Program Pendidikan Pengguna Berterusan dalam Penggunaan Lestari patut di sokong oleh kerajaan. Program-program ini
menjadi asas pendidikan moral, pendidikan agama dan pendidikan kemahiran hidup.

2.Mengwujudkan system pendidikan yang memberi penekanan dalam pendidikan kepenggunaan di peringkat pra sekolah,
sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Pendidikan Kepenggunaan tidak hanya tertumpu kepada subjeksubjek
tertentu malahan boleh dijadikan subjek wajib merangkumi isu kesihatan, keselamatan makanan, penggunaan lestari,
keselamatan produk, label barangan, harga dan lain-lain.

3.Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Pengguna, di bawah Jabatan Perdana Menteri. Penubuhan ini bertujuan untuk memisahkan
konflik yang wujud pada masa ini dalam fungsi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

4. Penubuhan Suruhanjaya Harga sebagai badan yang membincangkan segala tuntutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan

5.Mengawal pasaraya-pasaraya besar yang menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna yang boros, membazir dan tidak
mesra alam. Jika pasaraya-pasaraya ini mula menutup perniagaan mereka, rakyat akan menjadi mangsa.


PERUMAHAN
1.Menubuhkan bank perumahan untuk membiayai pembelian rumah oleh pengguna muda melalui simpanan serta menguruskan
kenaikan taraf perumahan berdasarkan keperluan isi rumah tanpa perlu menjual dan membeli rumah besar.

2. Semua projek perumahan bina, kemudian jual – untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai, tidak berkualiti dan lewat diserahkan.

3.Semua projek perumahan baru mesti menambahkan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dan projek-projek perumahan yang
lama SPAH ditambahkan secara berperingkat.

4.Semua projek perumahan dan pembangunan mesti mengamalkan kaedah-kaedah pembinaan jimat tenaga. Pindaan perlu dibuat
dalam UBBL (Uniform Building By-Laws) untuk tujuan ini.

5.Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah hendaklah ditubuhkan di seluruh negara.

UTILITI / TOL
1. Perkhidmatan bekalan air yang bersih, selamat dan berpatutan

2. Kadar tol yang tetap – panjangkan tempoh konsesi dengan kajian semula semua perjanjian konsesi tol.

3. Kawal tarif utiliti – air & elektrik – mampu dibayar oleh golongan berpendapatan rendah / miskin.

4.Perkhidmatan prabayar tidak dilaksanakan bagi perkhidmatan utiliti – air & elektrik dan mensyaratkan syarikat utiliti
menguruskan hutang pengguna dengan lebih perikemanusiaan.


PIHAK BERKUASA TEMPATAN
1. Ahli Majlis PBT dipilih berdasarkan cadangan Suruhanjaya Athinahapan.
Sistem pengangkutan awam di seluruh negara dinaiktaraf agar menjadi pilihan kepada para pengguna menggunakan
pengangkutan awam dengan selesa, tepat masa dan berpatutan. Ini juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, di samping
mengurangkan penggunaan tenaga daripada bahan api fosil.


TENAGA
1. Sumber tenaga boleh diperbaharui perlu dibangunkan dan dipergiatkan penggunaannya.
Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui patut dibangunkan dengan lestari.

2.Pusat Tenaga Malaysia patut diberikan kuasa yang lebih
luas dan disusun semula di bawah Unit Perancang Ekonomi.


PERBANKAN
1.Kementerian Kewangan dan Bank Negara mengawal selia dengan rapi perkhidmatan perbankan agar tidak mengenakan caj
keterlaluan.


ALAM SEKITAR
1. Projek pembangunan di kawasan lereng bukit perlu diharamkan.

2. ”Green procurement” bagi semua pejabat kerajaan untuk menepati Agenda 21 yang dipersetujui oleh kerajaan.
Projek-projek yang memberikan impak kepada alam sekitar dan laporan DEIA dijalankan mesti mendapatkan kelulusan
pihak-pihak berkepentingan.

3.Monopoli industri mesti ditamatkan. Kerajaan perlu memastikan semua sektor mempunyai persaingan yang sihat supaya mutu
perkhidmatan dan harga yang lebih stabil dapat diwujudkan.

4.Kaji semula cadangan mengadakan insinerator di negara ini. Kebanyakan projek incinerator menjadi pembaziran yang besar.
Jika konsep 3R dan pengurusan sisa pepejal yang berkesan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
maka incinerator tidak perlu.

5.Pewujudan budaya penggunaan lestari sebagai jalan penyelesaian kepada isu subsidi dan kekurangan bekalan. Kerajaan patut
melihat kepada pembangunan lestari melalui penggunaan lestari.

6.Plastik patut diharamkan di semua pasaraya dan kedai. Bekas-bekas berasaskan plastik patut diharamkan juga. Tabiat rakyat
yang sudah biasa menggunakan plastik akan menyebabkan penggunaan bahan api fosil untuk tujuan ini.

7.Hutan simpanan kekal diwartakan dan tidak dibenarkan sebarang pembangunan dilakukan oleh mana-mana pihak dalam apa
jenis skala. Pewartaaan ini patut dilaksanakan dengan sepenuhnya.


HARTA INTELEK
1. Kemudahcapaian bahan bercetak yang mempunyai hak cipta untuk tujuan pendidikan.

PEMAKANAN
1.Pelabelan kandungan bahan ubah suai genetik (GMF) dalam produk. Semua produk sama ada tanaman ubah suai genetik atau
mengandungi bahan ubah suai genetik dalam sesuatu produk, ataupun makanan yang telah melalui proses pengubahsuaian
genetik wajib diletakkan dalam label maklumat produk.



KESIHATAN
1.Pelaksanaan Piagam Pesakit di klinik, pusat perubatan dan hospital kerajaan serta swasta – Piagam Pesakit telah dipersetujui
oleh FOMCA, Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Pergigian Malaysia dan Persatuan Farmasi Malaysia pada tahun
1993, namun masih belum dilaksanakan. Kementerian Kesihatan Malaysia hendaklah menerima pakai Piagam Pesakit ini dan
mewajibkan semua pihak memaparkan Piagam Pesakit di semua premis klinik dan hospital kerajaan serta swasta.

2.Mengawal caj hospital swasta. Akta Kemudahan Penjagaan Kesihatan Swasta 1998 mempunyai peruntukan bahawa semua caj
perubatan di hospital berdasarkan kepada Jadual Yuran MMA. FOMCA meminta agar Jadual Yuran tersebut perlu
dipamerkan di tempat yang jelas dilihat oleh pengguna. Pengguna perlu mengetahui jumlah caj yang dikenakan sebelum
menjalani rawatan. Jadual Yuran juga perlu disemak semula agar kadar caj tersebut tidak terlalu membebankan.


3.Melaksanakan Kerangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) serta menggubal Akta Kawalan Tembakau. Selain itu Dasar
Kawalan Tembakau Kebangsaan perlu diwujudkan. Kerajaan telah meraktifikasi FCTC pada tahun 2005. Di antara
peruntukan dalam FCTC yang perlu dilaksanakan ialah: 50% pembungkusan kotak rokok mengandungi grafik amaran kesihatan
dan menghentikan semua aktiviti penanaman tembakau.

4.Penyususan susu ibu dilaksanakan di semua hospital kerajaan dan swasta.


KESELAMATAN PRODUK

1.Mewajibkan standard keselamatan bagi produk elektrik dan permainan kanak-kanak dalam Akta Perlindungan Pengguna.
Klausa 19, Akta Perlindungan Pengguna 1999 memperuntukkan kuasa Menteri untuk mewartakan standard keselamatan bagi
produk tertentu. Namun sehingga kini masih belum terdapat mana-mana standard keselamatan yang diwartakan di bawah
peruntukan ini.

2.Mengawal penjualan ubat-ubatan tiruan. Terdapat banyak produk ubat-ubatan tiruan yang dijual di kaki lima serta kedai-kedai
jamu dan kosmetik. Ini terutamanya daripada Indonesia dan China. Pemantauan berkala dan tindakan tegas perlu dilaksanakan
agar hanya ubat-ubatan yang mendapat pengesahan pihak berkuasa sahaja yang dijual di pasaran.

3. Mengawal penjualan produk yang tidak berkualiti

KEWANGAN
1. Mengambil tindakan tegas terhadap penganjur, penaja dan penyokong skim cepat kaya.

PERDAGANGAN
1.Perluaskan pengeluaran, pengimportan dan pembekalan produk makanan / keperluan asas – jangan hanya dikawal oleh
sekumpulan syarikat atau individu sahaja.

2.Mengkaji semula rancangan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat. FTA bukan sahaja berat sebelah,
tetapi juga boleh menjejaskan kehidupan pengguna, petani dan industri kecil dan sederhana. Satu analisa yang terperinci perlu
dilakukan dan didedahkan kepada umum tentang faedah dan kemudaratan FTA dilaksanakan di Malaysia. Kumpulan sivil
perlu dilibatkan dalam proses perundingan agar ia dilakukan secara telus dan terbuka.

3. Meletakkan Petronas di bawah Parlimen dan perlu mendedahkan akaun tahunannya kepada rakyat.

SOSIAL
1.Tambah peruntukan kesihatan negara (5% daripada KDNK negara sebagaimana yang dicadangkan oleh WHO untuk negaranegara
membangun)

2.Sebarang skim pengeluaran melalui kumpulan wang simpanan pekerja sebelum sampai usia persaraan perlu dihentikan kerana
matlamat simpanan KWSP untuk kegunaan selepas bersara.

3. Gaji minimum pekerja di antara RM1200 – RM1500 bagi menampung kos sara hidup pada masa ini.

4.Kaji semula cadangan pelaksanaan skim pembiayaan kesihatan kebangsaaan dengan mengambilkira input semua pihak
berkepentingan khususnya pengguna.

5. Perluaskan penggunaan ICT di seluruh negara agar rakyat menggunakan kemudahan ICT dalam urusan seharian.

PENDIDIKAN
1. Pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam

2.Memansuhkan caj pentadbiran yang dikenakan oleh peminjam PTPTN sebanyak (3%). Caj ini membebankan mahasiswa
lepasan ijazah yang berlatar belakangkan keluarga berpendapatan rendah.

3. Pinjaman PTPTN bagi pelajar cemerlang dijadikan sebagai biasiswa.

PERTANIAN
Tanaman terbiar seluas 800,000 hektar perlu dibangunkan sebagai projek pertanian agar negara tidak terlalu bergantung
kepada hasil tanaman yang diimport.



UNDANG-UNDANG
1.Wujudkan Akta Perdagangan Adil – atasi kegiatan peniaga menaikkan harga 1. barang sesuka hati

2.Jumlah tuntutan yang boleh dikendalikan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dinaikkan kepada RM100,000 manakala
bagi Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah pula sebanyak RM 150,000.

3.Wujudkan Akta Produk Halal – memastikan produk yang dijual kepada pengguna Islam perlu mendapatkan sijil pengesahan
halal daripada pihak berkuasa.

No comments: