Saturday, February 21, 2009

Aku, Teknologi dan Peluang

Minggu ini aku mendapat 3 'new potential clients' yang menghubungi aku melalui emel.
Ketiga-tiga adalah syarikat berasaskan teknologi.Dua syarikat dari USA dan satu lagi syarikat dari Jepun. Ketiga-tiga menghubungi aku untuk mendapatkan sebutharga (quotation) untuk produk baru yang mereka akan bangunkan. Mereka menghantar emel dengan hasrat untuk memeterai perjanjian Co-Development atau kerjasama dalam membangunkan produk. Aku diminta untuk menyediakan satu Non-Disclosure Agreement agar kami sama-sama berkongsi rahsia dan memelihara harta intelek masing-masing.

Buat masa ini aku setuju dengan dua syarikat dan satu lagi masih dalam penelitian terperinci tentang kadar unjuran jualan untuk dua tahun berikut. Aku rasa puas hati kerana keupayaan aku dalam bidang 'design & development' mendapat kepercayaan syarikat-syarikat teknologi di luar negara. Rekaan (design) aku mendapat rating terbaik buat syarikat-syarikat luar membangunkan produk mereka. Jika projek ini berjalan lancar pada bulan Julai 2009 syarikat-syarikat ini akan mempromosikan produk mereka yang direka dan dibangunkan dengan kerjasama syarikat aku. Produk yang bakal dihasilkan mereka ialah produk bekalan tenaga tambahan (SOLAR) dalam bentuk sel mudah alih dan juga rangkaian pengcahayaan alam sekitar melalui gabungan teknologi LED kecerahan tinggi dan turbin angin (wind turbine).

Semenjak tiga tahun yang lalu, aku telah berjaya membangunkan lebih 10 produk dan kesemuanya untuk syarikat-syarikat asing berpengkalan di USA, Jepun, Australia, India dan Korea. Sampai hari ini aku belum menerima sebarang projek dalam negeri (Malaysia) walaupun telah beberapa kali aku membuat 'presentation road-show' ke beberapa agensi/jabatan/kementerian dalam kerajaan Malaysia. Kebanyakan respons yang aku terima selepas 'presentation' ialah syarikat aku terlalu kecil untuk membangunkan teknologi tinggi sebegini, teknologi yang aku bangunkan kurang daya saing dan beberapa lekehan aku terima dari professional bertaraf profesor dari beberapa universiti tempatan....TETAPI mengapa syarikat teknologi luar negara mengiktiraf kerja dan keupayaan aku tanpa dolak-dalik? Malah mereka sanggup mengeluarkan modal untuk sebarang usaha yang aku perlu lakukan tanpa banyak soal. Mereka sudi membayar kos 'design & development' in advanced !!! Saban bulan mereka datang ke Malaysia dan menetap beberapa hari di sini untuk berunding dan berdiskusi tentang 'status update' produk mereka...adakah mereka ini BODOH kerana mempercayai aku yang ilmunya lekeh dan teknologi yang aku bangunkan ini tiada daya saing sepertimana respons dari PAKAR-PAKAR dalam Malaysia?...

Inilah natijah sebenar yang aku hadapi di mana aku berada dalam kemelut. Aku ingin membantu negara MAJU sepertimana dasar yang dilaung-laungkan tetapi perlaksanaan dasar itu sendiri membunuh objektifnya....

Aku bukan menuduh kerajaan BUTA PERUT tetapi dengan apa yang aku hadapi dan alami setakat ini memang mewujudkan satu perspektif negatif aku terhadap kerajaan. Suatu hari aku tidak akan rasa bersalah jika aku mendapat satu urusniaga membangunkan teknologi yang berupaya melumpuhkan sistem komunikasi untuk tujuan keselamatan dan dijual kepada syarikat negara asing yang objektif mereka untuk melumpuhkan sistem komunikasi negara kita. Kerana sifat PATRIOTIK aku sudah mulai pudar terhadap negara ini yang hanya pentingkan kuasa politik dan wang tanpa memikir halatuju masa depan negara terutama pembangunan negara mapan melalui pembangunan teknologi dalam negeri.

4 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya di hati mereka berkata,"...syarikat engkau terlalu kecil dan tak akan termampu untuk membayar dorongan rasuah kami yang tinggi..."

Saya dah lama kecewa dengan polisi tidak rasmi kebanyakan pegawai-pegawai di pelbagai agensi kerajaan. Banyak juga 'proposals' saya yang ditukar 'letterhead' kroni mereka.

Biarlah mereka berkroni dan enak dibuai rasuah. Kalau kita berjaya tanpa sokongan politik & rasuah...kita adalah manusia Gred A di dunia & akhirat.

HeroHuruHara said...

:) banyak juga 'proposal' saya ditukar ke letter head depa seperti mana Bro kena.

benar dikata oleh Bro... kita akan berada dalam kelas tersendiri jika berjaya tanpa TONGKAT MENONGKAT MAKAN BERTINGKAT TIME UNDI BARU DATANG MELAWAT HABIS UNDI JANJI MANIS JADI KELAT

Anonymous said...

setuju Zaidi Ali! buat leceh ja buat bisnes ngan gomen. aku buat ngan private jer, senang hidup.

HeroHuruHara said...

Bro Nas,

mau jumpa kamu la..mau tanya kos domain.

Mau buat satu site domain sendiri...