Friday, March 13, 2009

from ZERO to HERO





666 kali profil diselingkap oleh pelayar semenjak blog November 2008. Suatu pencapaian baru bagi orang yang tiada pendidikan khusus bidang IT. Hari ini sekurang-kurangnya aku berbangga dengan sedikit ilmu IT yang aku perolehi secara tidak formal melalui kaedah 'trial and error'. Semuanya bermula dengan kronologi di bawah:-

1994:
Habis saja peperiksaan PMR, mendaftar untuk mengikuti satu kelas komputer di Balik Pulau. Kelas perisian WORDSTAR version 7, aku sendiri tidak tahu apa itu fungsi komputer waktu itu. Cuma dalam hati ada 'semangat inkuiri' yang amat kuat untuk mengetahui apa itu komputer. Ayah waktu itu menghalang dengan tegas aku mengikuti kelas tersebut sebab yuran terlampau mahal iaitu RM110 yuran + RM30 pendaftaran. Aku kecewa dan memberontak kerana dihalang tetapi berjaya pujuk abang untuk dapat sikit dan ayah juga mengalah untuk tambah sikit lagi bagi cukup duit pendaftaran RM30. Aku masa sekolah memang tadak duit dalam kocek sebabnya pi sekolah dapat sehari RM0.20 (sekolah rendah) dan sehari RM0.80 (sekolah menengah). Nak dapatkan lagi RM110 tu bagi aku tadak masalah sebab aku rajin panjat pokok manggis untuk kait buah dan duit jual manggis bahagi dua dengan ayah. Sehari panjat dapatla dalam 100 kilo ~ 200 kilo manggis yang terus dijual borong ikut harga pasaran. Umur 15 tahun tapi bab indeks harga buah manggis dan durian memang TIP TOP dalam kepala aku. Belajar WORDSTAR sebenarnya cuma memberi pendedahan kat aku cara dan teknik menaip. Sebab aku sendiri tak tahu apa fungsi perisian WORDSTAR. Takpala dengan harga RM140 aku berjaya kenal komputer sekurang-kurangnya dapat puaskan 'sifat inkuiri' tentang komputer.

1996:
Di sekolah ada syarikat datang membuat promosi kad keahlian untuk Sistem Multimedia Sekolah. Dengan bayaran sebanyak RM45, pelajar akan diberi kad akses untuk melayari sistem komputer berkenaan dan hanya tiga buah komputer dibekalkan dan diletak dalam perpustakaan sekolah. Aku tadak duit nak beli, jadi tiap-tiap hari dok bodek kawan yang ada kad akses berkenaan. Masa tu pulak ramai kawan yang beli kad tu tak guna langsung perkhidmatan itu. Setiap hari lepas waktu sekolah aku akan duduk di dalam perpustakaan sampai waktu Asar untuk mendekati dunia komputer yang aku dapat dengan cara membodek kawan-kawan untuk meminjam kad akses mereka. Setiap hari aku dok layari ENCARTA, HISTORY, ENGLISH SECTION dan MUSIC dan hanya itu sajalah yang dibekalkan dalam Sistem Multimedia Sekolah. Cukup lebih kurang dua bulan, aku dah bosan sebab dah habis layari semua fungsi sistem berkenaan dan asyik dok ulang belek dan baca halaman yang sama.

1997:
Masuk IPT lepas SPM, punya la malu sebab aku sorang tak reti buat assignment dengan computer. Waktu tu Windows 95 dilengkapi dengan Microsofe Office dah. Mana la aku tahu nak buat assignment, belajar WORDSTAR pun guna sistem DOS lagi. Kawan-kawan pulak dok perli dan lecturer pun perli jugak pasai aku boleh bagitau aku reti komputer dan aku tahu operate WORDSTAR. Rupanya zaman tu WORDSTAR dah kira antik dah.... Nasib baik kat hostel ada ramai kawan yang ada komputer, tiap-tiap malam dok belajar dengan depa. Mula-mula aku reti guna PAINT kemudian SOLITAIRE dan lepas tu baru reti MS WORD.

1999:
Dah mahir guna MS WORD dan MS POWERPOINT utk assignment dan presentation. AutoCAD R12 dan R14 pun dah mahir.

2002:
Buka pusat internet sendiri, kesemua pemasangan networking dan cabling buat sendiri. Belajar dari WINDOWS HELP kat ikon di WINDOWS 98. Pusat internet tutup tahun 2003...sedih..rugi..tapi pasai tu jugak banyak peluang lain datang.Alhamdulillah

Hari ini:
Berkat muka tak malu dan sifat degil nak meneroka komputer ni Alhamdulillah berjaya jugak buat laman web sendiri walaupun guna builder. Takpala sekurang-kurangnya tanpa pendidikan khusus bidang IT mampu jugak meneroka komputer hingga ke tahap hari ini.Reti juga jual barang melalui internet dan mampu menjadi pembekal notebook.

Buat anak muda dan remaja di luar sana tu:
Takyah bagi seribu alasan untuk tidak mahu sambung belajar . Sementara umur masih muda belajar segala apa yang patut selagi mampu. Takyah la dok buat alasan retorik kata mak bapak susah tak mampu hantar ke IPT dan tak minat belajar sebab buat kerja lagi bagus masa muda-muda ni. Boleh kumpul duit dari muda kononnya ... Pi belajar dulu kemudian tu nak kerja ka atau nak dikerjakan ka terpulang pada diri sendiri.
Dah meluat aku tengok remaja sekeliling kampung ni berhenti sekolah separuh jalan lepas tu tak tentu arah hidup macam wau patuk cacing. Mak bapak bukan tak mampu bagi duit tapi tak mampu nak uruskan anak sebab sibuk dengan SINETRON dan Ekedemi Fantasia di ESTERO.

3 comments:

Shitsurei Shimashita said...

skrang ni ibubapa nak instant result..especially bila ditunjukkan jalan nak buat duit mudah dgn kerja yg senang mcm jadi artis..

hanyut budak2 skrg..glamor & glamorous

Anonymous said...

Tu dah kira ok sikit dari saya.
Tahun 1992 baru kenal MS Dos prompt & Wordstar + Lotus 123.
Tahun 1993 baru kenal WordPerfect.
Tahun 1998 baru kenal Word & Excel. Waktu kerja baru belajar banyak benda sebab tiap hari kena buat report. From Zero to Zorro..huhu.

Bebudak zaman sekarang ni celik2 dah nampak laptop!

HeroHuruHara said...

akhir zaman...

segalanya berlalu begitu pantas..