Sunday, April 12, 2009

Udang Kara AKA Lobster from Pulau Betong






Pulau Betong sudah terkenal sebagai destinasi pendaratan ikan segar di Balik Pulau. Kalau ingin merasa enaknya masakan ikan segar di rumah maka berduyun-duyunlah kaum memenuhi ruang penjualan ikan segar di sini. Nak merasa enaknya ikan bawal angsa, ikan bawal tambak, ikan senangin, ketam renjong, ketam bunga, ikan pelotan, ikan pari, ikan kerapu, ikan bara-bara, ikan gerut-gerut, udang kaki merah, udang lipan dan berbagai spesies lagi. Perairan sekitar Pulau Betong merupakan hamparan karang hidup yang pernah diwartakan sebagai antara 'Hamparan Karang Terbesar di Asia' pada tahun 1994. Membuktikan lagi fakta itu, pengail dan penjala pesisir pantai mampu menaikkan hasil spesies kerapu bintik, kerapu tikus, kerapu merah ikan pecah periuk, pari kelawar dan udang karang dengan hanya jarak operasi tangkapan hanya sekadar 5m ~ 30m dari pinggir darat. Saya sendiri biasa menaikkan spesies semilang karang di lokasi sedemikian. Pantai Pasir Panjang di Pulau Betong juga merupakan antara lokasi terletaknya hamparan karang di mana begitu banyak spesies anak kerapu berkeliaran (lokasi terperinci dirahsiakan demi menjaga hasil laut supaya berkekalan).

Hari Jumaat yang lalu saya telah membeli Udang Kara (Lobster) di Pulau Betong dari seorang peniaga. Saya diberi ruang untuk memilih sendiri udang kara dan saiz yang saya kehendaki dan kesemuanya masih hidup dan bergetik-getik melompat semasa proses pemilihan. Bayangkan pada hari itu saja saya bisa membeli sebanyak 7 ekor udang kara hidup. Hari itu Pulau Betong ibarat syurga hasil laut yang bernilai eksotika tinggi. Masa yang sama saya bisa memperolehi ikan bara-bara bersaiz 800 gram ke 1 kg yang cukup segar (baru dinaikkan dari sampan nelayan). Ditambah lagi dengan ikan gerut-gerut yang segar, senangin, dan ketam renjong. Hari Jumaat lalu saya menikmati hasil laut yang mewah dan segar dengan belanja tidak sampai RM50 untuk kesemuanya!!! Mungkin ini bukan harga sebenar di pasaran, tetapi merupakan harga ikhlas kawan-kawan yang selalunya cukup bermurah hati memberi ketam renjong, udang lipan dan ikan-ikan kecil segar percuma jika saya setia menunggu mereka di tengah malam di jeti untuk membantu memunggah ikan. Kalau diikut, rezeki sebegini memang selalu dan inilah kehidupan di Pulau Betong yang tidak akan dapat dinikmati di lain-lain tempat. Isteri saya pada hari itu mulanya memperli saya kerana anggapan beliau saya berbelanja besar pada hari itu dalam suasana ekonomi yang gawat dan patutnya perbelanjaan patut diketatkan. Saya meyakinkan beliau yang saya hanya berbelanja kecil untuk hasil sedemikian dan dia sendiri tidak percaya. Bukan soal percaya atau tidak tetapi soal prinsip persaudaraan, persahabatan dan keikhlasan di sini antara saya dan kawan-kawan begitu mendalam ertinya. Duit ringgit tidak dipandang tetapi eratnya pertalian antara sahabt di sini (Pulau Betong) sukar dicari. Semoga Allah melimpahkan rahmat serta rezeki dan memelihara kawan-kawan saya ketika berusaha di lautan.

Apapun isi udang kara sememangnya sedap...lebih lembut dari udang galah dan lebih manis dari kebanyakkan spesies udang. Ianya hidup di perairan yang bersih jernih, memakan plankton sekali-sekali memakan isi ikan umpan pengail, diam di dasar yang berpasir dan tidak berselut, dan memerlukan suhu yang sesuai atau ianya akan berpindah ke lubuk baru. Dari segi komersial, udang kara sama seperti udang lipan yang sangat diminati oleh golongan peminat udang eksotik terumata di Taiwan, Singapura, Hong Kong, Macau dan Jepun.

7 comments:

Anonymous said...

orkshKalau buat projek bela udang kara di perairan Pulau Betong sesuai ke? Buat sangkar udang kara sebelah pulau pun boleh.

HeroHuruHara said...

di Pulau Betong setakat ni projek ternak SIPUT SUDU, TIRAM, IKAN SIAKAP, IKAN KERAPU, IKAN JENAHAK dah berjaya. Projek siput dan tiram dimiliki oleh pengusaha Islam.

Menurut perbincangan dengan penternak siput sudu dan tiram, ternakan udang kara amat rumit sepertimana ternakan udang lipan. Keduanya memerlukan kepakaran khusus terutama dalam sistem biologi asas (suhu air, tahap kebersihan air, warna air, kedudukan sangkar yang terlindung seperti teluk, pemakanan yang perlu dikawal mutu dan ketahanannya, pengawalan penyakit). Ada baiknya jika dilengkapi dengan sistem audio tahan air dengan tujuan pembesaran yang cepat dengan kaedah penerapan bunyi tenang dari musik Baroque dan Mozart. Penternak di Jepun dan Taiwan sudah mengasimilasikan sistem ini hampir 10 tahun secara komersil.

Anonymous said...

wah!! udang pun dengar Baroque & Mozart! Patutla mahal sgt harga si Kara. Bela dalam tangki lagi senang rasanya.

HeroHuruHara said...

betui jugak no...dalam tangki senang...

tak terpikiaq pulak awai-awai tadi.

Anonymous said...

bukan senang nak jadi senang...nak bela kena da perancangan..bela ikan puyu boleh la bela dalam tangki....

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM...
Ape kate gune Ayat Suci
Al-Quran. Kt Pulau Langkawi ade pntrnk udang hrimau azan pd bnih udang sblm dlpaskn. Saiznye jd lbih bsar dr biasa. Pntrnk lmbu dpt hsil susu blipat gnda krna dalunkn dgn Ayat Suci dr Al-Quran.

Anonymous said...

sekarang ni.ada lagi ka nelayan yang dapat udang kara.kalau ada saya nak beli.