Sunday, May 31, 2009

Kenapa 80:20 Perlu Dalam Operasi Anda?




DULU
Nak pasarkan produk kena buat jualan terus lokasi ke lokasi. Cetak ribuan keping kertas untuk katalog pengguna. Cakap ribuan perkataan nak meyakinkan pelanggan. Ratusan jam memandu/berjalan bertemu pelanggan. Nak jual satu produk anda perlu habiskan 80% tenaga kerja dan sumber anda!

KINI
Melalui jaringan web, telefon mudah alih dan katalog tanpa kertas. Luangkan 20% sahaja dari tenaga kerja dan sumber anda. Anda telah berjaya mengawal 80% keperluan anda untuk memasarkan produk anda..

4 comments:

Anonymous said...

Salam Hero.
Hari ini nak balik Bujang (Kedah) dan kemudian Balik Pulau. Cuti seminggu. Cadang nak belanja bro Hero pekena Ayam Kapitan Hameediyah dan Durian Udang Merah Balik Pulau. Kalau Leenoh balik Sungai Layar boleh le join sekali!

HeroHuruHara said...

Insya Allah....

durian 'ang hei' tuuu....tapi nak pekenai satu jenis durian ni saya paling suka makan ' nasi kunyit' kat Balik Pulau kena pesan sorang pakcik di kg terang saja...org berebut buah tu.... nasi kunyit durian yg cengih dan manis..isi kuning tapi tak tebal....

ibarat kata tuan pokok nasi kunyit "hangpa makan nasi kunyit, buah jenis lain tawaq kat lidah hangpa"

masuk : http://e2lah.blogspot.com
situ ada nombor kontek saya.... keloi bila plan nak pi makan

Anonymous said...

Salam Hero.

Insya Allah 2 atau 3 hari lagi bila sampai BP nanti saya contact.

Thanks for the number.

Leenoh said...

Salam.
Hero Huru Hara & Zaidi, kalau makan durian jangan lupa makan manggis.
Saya dah tak balik Sg.Layar sebab dah pindah, kalau balik terus ke Alor Setar.
Walau bagaimanapun satu Sg.Layar boleh dikatakan semuanya kawan saya.
( rakan masjid kuning ).