Saturday, June 20, 2009

Barber's Story

Kali ni menulis tentang kisah tukang gunting rambut. Masa sekolah dulu ada satu lawak teka-teki tentang kerjaya yang paling menarik dan jawapannya ialah tukang gunting rambut. Kawan yang menjual teka-teki memberi jawapan tukang gunting rambut dapat pegang dan usik-usik kepala raja, kepala menteri, kepala mejistret, kepala loyer, kepala ketua gengster (bukannya senang ni) dan sbgnya.
Itu cerita masa sekolah dulu.

Hari ini menulis tentang nilai tukang gunting rambut pada saya. Pernah saya masuk ke kedai gunting rambut ini di Kompleks Pasar Balik Pulau. Kali pertama saya ke kedai ini, saya bercerita panjang dengan tukang gunting rambut sambil dia sibuk menyiapkan kerja dia atas kepala saya. Si tukang gunting rambut ini merantau ke Balik Pulau beberapa tahun dulu untuk berkerja di sektor perkilangan. Dia bercerita lagi, terpaksa berhenti kerja di sektor perkilangan kerana beberapa faktor penolakan. Dia belajar gunting rambut secara formal dan berguru dengan beberapa tukang gunting rambut lain. Akhirnya dia nekad untuk membuka kedai sendiri dan berniaga sendiri walaupun risiko tidak diduga. Pada hari itu saya berkenalan dengan dia sebagai kenalan baru dan membayar harga servis gunting rambut yang dia selesaikan.

Dah lama jugak tak ke kedai si dia ni, 2 tahun dah lamanya. Saya pulak asyik ke kedai kawan seorang lagi di Bagan Jalan Bharu yang juga rajin layan bercerita. Tukang gunting rambut di Jalan Bharu ni lain sikit, masa muda dulu merantau ke Singapura mencari rezeki dalam sektor pembinaan di sana. Pernah dia bersama dengan arwah pakcik saya bersama di Singapura dan duduk di rumah kongsi berjimat dan membawa pulang duit ke kampung. Hari ini dia berjaya mengusaha dua buah kedai gunting rambut dan satunya dia sendiri yang jadi tukang gunting. Dah 3 tahun dia berniaga bidang ini dan nampaknya dia pasti terus berjaya dengan bidang ini.

Sinonimnya kedua-dua tukang gunting rambut yang saya kenal ni adalah jaguh perantau dan memang cekal hati dalam berniaga. Cuma stail dan teknik menggunting rambut mereka ada kelebihan masing-masing dan yang pasti kedai mereka berdua ni nyaman dengan penghawa dingin. Kedua-duanya boleh layan cerita masa bekerja, apa lagi kalau cerita pasai orang berniaga.

Nak sentuh balik kepada tukang gunting pertama di Komples Pasar Balik Pulau. Saya bertekad mesti tulis satu post pasal dia ni. Berharap dengan post ini, dia dapat dikenali luas dan bertambah pelanggan dia. Hari ini bangun pagi terus terbayang nak pergi pasar. Isteri saya rasa lain sikit apahal suami aku iya-iya nak pergi pasar hari ni siap ajak anak-beranak dan orang gaji bersama?

Pertama sekali, saya ingin makan roti canai di kedai Pakcik Di di Kompleks Pasar Balik Pulau. Saya lama dah tak makan di kedai dia, dan nak eratkan semula persahabatan. Masa ayah saya kurang sihat dua tiga minggu lepas dia datang ziarah lepas dapat tahu melalui kakak saya. Pakcik Di ni kawan abang saya tapi secara automatik saya kenal dia dan selalu bertegur sapa kalau berjumpa. Keduanya, saya nak gunting rambut kedua anak saya yang berumur 2 tahun dan 1 tahun. Lepas bersarapan roti canai tambah lagi dengan koew teow th'ng terus menuju Kedai Gunting Rambut Khairi. Anak sulung saya pi dulu, lepas tu anak kedua dan dah tengok rambut anak sulung sempoi punya skinhead, apalagi bapak pun teringin walaupun baru saja skinhead tiga minggu lalu di Kedai Gunting Rambut Man di Jalan Bahru. Yang menarik hari ini, si tukang gunting tu cuma kenakan caj seorang saja walaupun dia dah gunting rambut 3 orang. Berkeras dia tak mahu duit lebih selain dari RM6. Tak sampai hati pujuk dia lagi dan dia tetap hanya mahu RM6. Jadi menulis post ni agar paling tidak saya mengiklankan kedai dia dan berharap rezeki dia lebih murah.

Letih hari ini, lepas gunting rambut ke kebun, tengahari proses produk jus pala, petang sambung kerja di kebun. Malam ni sebelum terlupa post tentang tukang gunting rambut ni mesti dipaparkan. Bagusnya kerja mereka ni bagi saya ialah sebagai teman sembang time kawan tadak, berteduh sekejap time hari panas (kedai ada air-cond), singgah sekejap baca surat khabar (depa ni surat khabar segala bahasa depa beli). Apapun perihal tukang gunting rambut, mereka ini bagi saya antara golongan peniaga yang paling cekal pernah saya jumpa, berpantang maut sebelum ajal dan membujur lalu melintang patah. Bak kata pepatah

3 comments:

Anonymous said...

Salam Hero.
Antara kerja yang mulia ialah kerja gunting rambut. Tiada unsur riba, tiada kredit, tiada rasuah, tiada bukan muhrim (kecuali salun unisex) dan dapat pahala lebih(sebab menghensemkan orang!)...cuma takut sembang mengata saja.

Kedai Gunting Rambut Khairi, nanti saya mesti try!

Leenoh said...

Salam HeroHuruHara.
Cuba teka keja apa kalau tak ada orang dekat kita, tak boleh buat keja hehehe tak pa saya jawab, kerja gunting rambat mesti kena ada orang depan kita. saja melawak.
Di Shah Alam ni saya dok cari Kedai Gunting yang diusahakan oleh orang Melayu tak jumpa. Di mana duduk saya pun tak tahu.
Jadi setiap bulan terpaksa menyerah diri kepada orang lain,
depa tu memang ada rangkaian kedai di pasaraya dan lain-lain.

Cuba komen sikit pasai ni.

HeroHuruHara said...

Salam Zaidi Ali,

setuju dengan pendapat itu mulia dan berkat betul rezeki dengan gunting rambut ni.

Salam Leenoh,

:) satu lagi teka-teki berkaitan gunting rambut, boleh kita tambah koleksi kemudian hari.

Pasal rangkaian kedai gunting rambut ni memang diakui kita umat Islam kurang penyertaannya. Sebagai fardhu kifayah saya mata berharap sesiapapun yang ada ilmu ini diharap membangunkan perniagaan ini di mana saja umat Islam berada.

Umum:
Di Balik Pulau saja ada 4 buah rangkaian kedai rambut bukan milik bukan Islam yang beroperasi secara francais. Francaisor sediakan ruang dan kelengkapan, francaisi hanya bertugas sebagai penggunting rambut. Mereka ini dibayar gaji bulanan. Selain Balik Pulau mereka ini juga sudah beroperasi di Gelugor dan Georgetown. Walaupun mereka ini bukan Islam tetapi perihal konsep 'jamaah' mereka amat saya kagumi.

P/S: Di Shah Alam saya sendiri tak pernah jumpa tukang gunting rambut Melayu (Islam). Masa saya di Jenjarom selama 2 tahun dulu pun tak pernah jumpa hingga sekitar Banting dan bandar Kelang pun tiada masa tu.