Sunday, June 14, 2009

Qasidah Burdah Suatu Keindahan Dalam Seni Syair Islam

Mengenali Qasidah Burdah adalah antara seni atau bentuk penyampaian puisi/syair untuk mengagungkan kebesaran Allah SWT serta Rasulullah SAW. Penulis mengenali Qasidah Burdah ketika berumur 14 tahun dan ketika itu penulis rajin mengikuti kerja-kerja membikin majlis kenduri perkahwinan (diri khemah, periuk belanga, angkat barang,mentara angkat talam, dsbnya). Pada masa itu malam hari sebelum kenduri selalunya diadakan majlis Qasidah Burdah ini kerana pada waktu itu ramai sanak saudara yang berkumpul dapat dapat sama turut serta dan memeriahkan majlis penyatuan dua umat dalam ikatan perkahwinan.

Penulis pada itu ada lebih kurang 8 sekawan yang kerapkali bersama dalam sebarang aktiviti. Kami antara anak muda yang rajin mengikuti majlis Qasidah Burdah pada malam hari bersama golongan dewasa di kampung. Teringat penulis pada masa kali pertama menyertai majlis penulis terpaksa membaca lembaran bait-bait untuk dilafaz. Kali kedua kalau tak salah penulis sudah berjaya menghafal bait-bait tersebut. Tugas penulis dan kawan-kawan pada masa itu ialah 'chorus killer' iaitu menyahut bait-bait Qasidah Burdah dengan suara lantang dan mengikut alunan.

Semalam sekali lagi penulis menyertai majlis Qasidah Burdah bersama penduduk kampung Pulau Betong setelah kali terakhir pada hujung tahun 2008 lepas.Suasana seperti masih macam 16 tahun dahulu ketika penulis berusia 14 tahun cuma kurangnya anak-anak muda dalam majlis ini. Tidak macam 16 tahun dahulu di mana paling kurang 10 orang anak muda belasan tahun dalam majlis Qasidah Burdah. Seingat penulis antara penyebab penulis tidak pernah terlibat dengan gejala 'Mat Rempit' atau 'Penyalahgunaan Dadah' ialah kerana pada umur belasan tahun penulis dan rakan-rakan rajin mengikut orang tua-tua kampung dalam majlis sebegini dan juga berjemaah di surau (musolla) bersama rakan dan orang tua-tua.

Sengaja penulis nak membangkitkan smeula kisah 16 tahun dahulu dan dengan kisah sebegini agar jika dinilai pembangunan insan itu pentingnya bukan sekadar pada peranan ibu bapa tetapi kepada faktor kekeluargaan dan persaudaraan dalam satu-satu komuniti. Dahulunya penulis mengikuti majlis Qasidah Burdah kerana lebih kepada seronok sebagai remaja yang suka menghabiskan masa dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan menyenangkan (ini fitrah manusia).Tetapi hari ini penulis mendekati Qasidah Burdah ini sebagi satu medium mendidik hati penulis dengan cara yang lebih santai dan mesra dalam satu kelompok persaudaraan. Memang tidak dinafikan kami yang selalu bersama majlis Qasidah Burdah ini jauh sekali untuk berjauh hati atau berselisih faham. Mungkin ini antara hikmah berjemaah tidak hanya di dalam solat tetapi di dalam sebarang kerja atau urusan.

Penulis ingin sekali melihat majlis sebegini diberi ruang yang lebih luas agar dipelajari oleh golongan remaja. Fokus kembali sistem pendidikan hati kita bukan hanya dengan aktiviti sukan atau rekreasi tetapi kepada penerapan nilai kasih sayang dalam persaudaraan dan keagamaan.

6 comments:

Leenoh said...

Salam HeroHuruHara.
Saya menyokong penuh pandangan anda, Kalau orang dewasa di berbagai kepakaran melihat remaja secara individu dan berkelumpuk untuk menjana akhlak baik mereka insya Allah keburukan yang sedang berlaku dapat dikurangkan.

Kurikulum pendidikan kita sepatutnya mempunyai roh akhlak secara yang lebih kukuh lagi berbanding dengan kurikulum yang sedia ada hanya lebih mengutamakan luaran, melihatkan keceriaan fizikal sekolah memang hebat tetapi akhlak pelajarnya masih berada di sebaliknya .

Anonymous said...

Salam Hero & Leenoh.

Saya pun menyokong!

HeroHuruHara said...

Wa'alaikumussalam ,

tapi bila dan bagaimana nak dimulakan agaknya? Kita ni serba serbi kekurangan... mana mungkin pemimpin kita mahu bikin perkara begini?

Pemimpin kita sekarang suka main wayang sana sini...

Kalau dimulakan bersama dengan program penulisan Jawi lagi enak masa depan anak-anak kita..Insya Allah

Anonymous said...

Salam Hero.
Tanya sikit. Pjct. Jalan lama ke T.Kumbar dah start balik? Hari tu KP JKR janji nak lantik main-cont baru pada 25/5/09. Kalau ada info tolong bagi tau ye.

HeroHuruHara said...

Tentang Projek Jalan Teluk Kumbar-Balik Pulau ni masa awal tahun 2009 ada dengar tentang re-tender untuk main con projek ni.

Dua minggu lepas Bro hantar surat ke Kementerian Kerja Raya memang saya sendiri tengok ada beberapa orang macam konsultan menjenguk projek tu bersama dengan kakitangan JKR. Depa tampung beberapa lompang tengah jalan dan tandakan cat putih untuk pembahagi jalan.

Dalam bulan Jun ni takdak lagi nampak kerja-kerja nak dimulakan semula. Saya tiap-tiap hari guna jalan tu jadi ada apa-apa berlaku memang saya perhati.

Tunggu Julai ni pulak kalau ada kerja-kerja pembinaan bemrula kembali...

Pemantauan akan dilapor jika ada berita terbaru.

Anonymous said...

Salam Hero.
Terima kasih kerana laporan. Sekiranya perlu saya akan 'follow up' 'corrective & preventive actions' yang telah dijanji KPKR.