Saturday, July 18, 2009

Jurnal Perjalanan



Khamis, 16 Juli 2009
Menaiki keretapi legenda (Ekspres Rakyat) dari Tanjung Malim menuju ke Butterworth.
Allah SWT mempertemukan penulis dengan seorang hamba Allah yang cukup rendah hati yang kemudiannya bertukar menjadi sahabat.

KISAH 1:
Habis menjamah nasi lemak ayam dan kopi di kafe dalam keretapi AKU terus melampiaskan keinginan untuk merokok di pintu 'buffer koc' keretapi. Ada seorang lelaki juga merokok di situ lalu AKU menegur sapa dengan memberi salam. Mula kami bertukar info tentang diri masing-2. Dia seorang konsultan bebas di dalam bidang pertanian khususnya tanaman organik di Malaysia. Menuju utara tanah air untuk satu konsultansi selama seminggu di ladang yang baru diusahakan oleh seorang individu di sana. Umurnya linkungan pertengahan 40-an dan pengalamanya dalam pertanian ini selama 25 tahun. AKU yang bercucuk tanam bila kelapangan terus tanpa malu menimba ilmu dengan dia dengan bertanya banyak masalah tanaman yang AKU hadapi. Alhamdulillah dia ini tidak kedekut ilmu malah dia mengamalkan konsep menyampaikan ilmu bermanfaat adalah lebih baik. Inilah sifat mukmin dan untung Allah SWT mempertemukan AKU dengan mukmin sebegini dan dalam masa yang singkat AKU sudah menjadi anak muridnya secara tidak formal. Sama macam AKU mengenali blogger LONG TAMBANG, KEHIDUPAN BERSIH, IBNUHASYIM, ROCKY's BRU di mana kesemuanya adalah guru AKU secara tidak formal tetapi mereka ini mukmin sejati yang sentiasa berkongsi ilmu yang bermanfaat.Akhir kisah 1 ini, AKU akan mengunjungi guru baru AKU ini untuk mendalami lagi ilmu tanaman organik secara R&D untuk satu jenis tanaman dan AKU perlu sabar sekurang-kurangnya 1 tahun untuk mendalami ilmu ini supaya ianya benar-benar berhasil.

KISAH 2:
Semasa AKU sibuk berbicara dengan konsultan pertanian tadi, ada juga seorang pemuda merokok di sebelah kami. Namun dia dengan halnya sendiri melayan permandangan sepanjang perjalanan keretapi.Keretapi hampir tiba di Parit Buntar, AKU sekali lagi merokok di tempat yang sama. Kali ini pemuda tadi ada juga di situ untuk merokok lalu AKU memberi salam dan memulakan salam perkenalan. Salam disambut dan persahabatan dimeterai. Alhamdulillah pemuda ini juga memberi AKU satu lagi pengalaman baru iaitu mendekati pengalaman pekerja dia selaku Jurumudi/Pemandu Enjin Keretapi. Rupanya dia sedang dalam 'on-job-buffer' di mana dia akan mula mengawal enjin keretapi mulai dari Butterworth ke Singapura. Umurnya muda dalam linkungan awal 20-an tetapi kerjanya sudah cukup membuatkan dia dewasa. Dia mula berkongsi pengalamannya berkerja sebagai pemandu keretapi dan kami bertukar pendapat dalam banyak perkara tentang keretapi (jenis enjin, jenis koc, teknikal enjin, projek keretapi laju, projek rel berkembar dan hingga ke suka duka dia bertugas di situ). Dia ini juga telah memberi lagi ilmu yang bermanfaat kepada AKU dan secara tidak langsung dia menjadi guru tidak formal bagi AKU mendalami tentang perjalanan perniagaan dan pengendalian keretapi. Alhamdulillah pemuda ini ada visi masa depan yang baik apabila dia berkongsi pelan jangka masa panjang beliau dalam kerjaya. Doa kejayaan AKU hadiahkan buat dia.

AKU kini ketagih untuk menaiki keretapi lagi kerana inilah sistem pengangkutan yang menarik, selesa, santai dan amat menyeronokkan.

Dalam sehari perjalanan aku belajar tentang 'pertanian, kejuruteraan tren, pengurusan ladang, sains organik, pengurusan masa'. Kalau pergi ke kedai buku mahu habis RM300 jika nak mendapat bahan asas sedemikian tapi aku berjimat dengan hanya RM29 (tambang keetapi) aku mendapat asas pengetahuan sebegitu dalam masa singkat.

7 comments:

Anonymous said...

Salam.
Lain kali kita ajak blogger Ibnu Hasyim buat trip bertren ke Monggolia plak. Mesti lagi banyak ilmu yang boleh dapat. Best tak idea nie? Jauh perjalanan luas pandangan dan juga luas pemandangan.

Anonymous said...

aiseyy...Leenoh pun kena ajak ikut sekali. Tapi...kalau nak isap rokok kena jauh sikit ler..hehe.

HeroHuruHara said...

Wa'alaikumussalam,

Setahu saya IbnuHasyim kita akan mengembara ke Indo-China (Tajikistan, Turkmenistan, Kirgystan,dll) menjelang 2 Syawal kali ini disertai beberapa orang. Kemungkinan mereka bakal merentasi Jalan Sutera.

Leenoh said...

Salam Hero.
Rupanya dia tau kita tak hisab rokok hahaha, kita bukan tak boleh hisab. cuma berhenti ja, kalau bagi curut cap unta pun boleh hisab lagi cuma tak mau ja.
Teringat pasai naik keretapi ni, orang la kata teruja gak, sebab dulu dok pi KL dgn keretapi dar Alor Setar berhenti di BM tukar keretapi di situ, kekadang tak turun di situ pakai terus ja ke B.Worth kemudian naik keretapi lain pula di situ dan terus ke KL. Keretapi sentiasa penuh sesak, hampak kertas suratkhabar, duduk atas lantai ja.
Itupun seronok..macam mana tak seronok member ramai.

HeroHuruHara said...

Salam,

curut cap unta dah tak keluar production tapi cap teko dan H&S masih ada di pasaran. Badan bau tembakau kalau hisap curut samam mc hisap paip.... (saya berenti hisap paip sebab kena komplen pasal bau tembakau kuat sgt)

HeroHuruHara said...

Salam,

curut cap unta dah tak keluar production tapi cap teko dan H&S masih ada di pasaran. Badan bau tembakau kalau hisap curut samam mc hisap paip.... (saya berenti hisap paip sebab kena komplen pasal bau tembakau kuat sgt)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.