Thursday, August 13, 2009

Komuniti Bistari Teknologi

Saya sedang merangka penyatuan golongan terpelajar dalam bidang teknologi khususnya yang bekerja atau sedang belajar untuk membentuk satu jaringan komuniti. Bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan dan kepakaran masing-masing ke arah membentuk masyarakat yang mengutamakan teknologi seperti di Jepun, Korea dan Taiwan. Komuniti dengan objektif menyampai ilmu yang dipejalari agar dapat dimanfaat kepada masyarakat setempat terutama yang masih mundur dan jauh dari arus pemodenan. Membantu masyarakat agar berdaya saing dalam sketor ekonomi masing-masing apabila dapat menguasai teknologi dalam kehiduoan seharian mereka.

Contoh projek yang saya ingin sampaikan pada masyaraka ialah projek pengairan skala kecil menggunakan kuasa graviti tanpa bantuan jana kuasa tenaga diesel, petrol atau eletrik, mesin pengasingan padi untuk tujuan mengasungkan gred beras, mesin membaja tanaman secara automatik, mesin hidraulik ringkas untuk membantu nelayan mengangkat tong ikan yang berat, dan mesin mengeringkan pakaian menggunakan kuasa turbin angin yang berasaskan kuasa dynamo.

Sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menjayakan pembentukan komuniti ini silaemel kepada :

farsberg@yahoo.co.uk
atau
asiaingenieur@gmail.com

No comments: