Sunday, February 28, 2010

Sana Sini

Sini 1:
576 ADUN boleh memohon AP (permit impot) untuk mengimpot kenderaan ke negara Malaysia.
Keistimewaan yang dulunya hanya ada pada Ahli Parlimen kini dinikmati oleh ratusan wakil rakyat bertaraf ADUN.

Ekonomi Sini 1:
Rakyat diseru menyahut cabaran 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' bagi meningkat aliran tunai dalam pasaran yang terbukti dapat mengukuhkan ekonomi semasa negara dan dapat menyekat pengaliran wang ke luar negara. Rakyat diseru membeli kereta buatan Malaysia yang mutunya hampir setanding dnegan nilai kereta impot dan pada harga agak munasabah (tetapi kadar faedah lebih tinggi dari kadar faedah kereta impot).

Situasi Sini 1:
Rakyat jadi 'DOUBTFUL' @ 'KELIRU' kerana sahutan kepada rakyat tidak diikuti dan dipraktik oleh penempik cabaran. Jadi siapa yang patut pulihkan ekonomi Malaysia? Rakyat atau pentadbir kerajaan? Jika rakyat yang bertanggungjawab pulihkan ekonomi Malaysia, maka keistimewaan perlu diberikan pada rakyat dan bukan wakil rakyat. Hentikan keistimewaan yang melawan arus dalam agenda memulihkan ekonomi negara. Bijakkan kata dan kota anda wahai pemimpin yan bersilih ganti.

Sana 1:
Mama Noodle Index (MNI) yang dipraktikkan oleh negara Thai untuk mengkaji data indeks kemerosotan ekonomi. Peningkatan penjualan mi segera pada suasana ekonomi kurang memberangsangkan membolehkan kerajaan Thai mendapat data efek kesan ekonomi secara lebih jelas. Kemungkinan dipraktik bagi menggantikan indeks pasaran tukaran.

Ekonomi Sana 1:
Dijangka meningkat secara perlahan pada kadar 3~4% . Di sana, rakyat boleh membeli kereta kualiti impot pada harga lebih munasabah. Hanya cabaran kenaikan harga minyak yang membingungkan pada sesiapa yang kurang mampu membayar harga petrol. Tetapi kebebasan membeli lebih lebar di sana. Penawaran harga pada harga pasaran dan permintaan berdasarkan kemampuan nilai wang pembeli.

Situasi Sana 1:
Walaupun diancam keganasan di bahagian selatan, kemampuan rakyat negara sana amat mebanggakan dalam bidang ekonomi. Mereka mempunyai kadar peningkatan usahawan baru yang lebih baik dan 3/4 usahawan mereka berdaya maju kerana memasuki pasaran global (walaupun sekitar negara jiran spt Malaysia,Brunei,Laos, Kemboja).


Berdasarkan amatan kasar di atas dan pemahaman kasar secara ringkas, ekonomi sesebuah negara itu belum menjamin kuasa beli yang bebas pada rakyatnya.

Bagi rakyat yang bijak, kurang bijak dan yang langsung tidak bijak....bijak-bijakkanlah diri anda memahami apa kuasa yang ada di tangan anda dan kuasakan ia!

Kebijakan anda mengusung negara ke suatu era negara bijak. Bukan bijak di mulut tapi buta di perut.

No comments: