Sunday, April 26, 2009
GEMBIRA--> SERIUS--> SEDIH
Mendapat berita kehadiran ikan sungai spesies bersisik besar di Penang amat mengujakan. Belum pernah selama hidup di Penang ni mengail ikan spesies ni kerana setahu aku hanya sungai-sungai di Perak dan Pahang terutamanya yang memiliki khazanah ini. Tanpa perancangan rapi terus saja aku menduga nasib untuk menjinakkan khazanah alam yang semakin pupus ini untuk merasa nikmatnya yang dah lama sejak kali terakhir iaitu Januari 2008 di Bentong.
Pantas memakan umpan dan rakus menyambar setiap kali pancing dilabuh. Itulah yang dapat aku gambarkan betapa asyiknya dan seronoknya bermain dengan spesies ini. 2 jam sudah cukup untuk aku dan rakan pengail mendapat 12 ekor hanya dengan kelengkapan mengail yang ringkas. Aku sempat menyelamatkan dua ekor yang masih hidup untuk dibiak dalam akuarium. Sememangnya tujuan asal adalah untuk mencari ikan ini sbeagia koleksi dalam akuarium.
Sehari selepas itu aku serius dalam perancangan bersama rakan untuk menduga nasib kali kedua. Kami berpakat untuk maisng-masing mencuba pelbagai teknik agar mempelajari lebih mendalam sifat ikan ini di sungai yang kami jejaki.
Dua hari berlalu, dua ekor ikan yang aku lepaskan dalam akuarium memberi gerak laku yang negatif. Aku amat risau dan segera menukar air dan mengawal kadar pelepasan antiklorin. Memberi makanan dalam bentuk yang lebih keicl supaya mudah dimakan. Tengahari ini segalanya berakhir kerana hampir 20 minit aku menatap akuarium mengikuti perilaku ikan itu hingga nyawanya yang terakhir di depan mata aku. Puas sudah aku melurut badan ikan agar dan mengusap agar ianya kembali cergas..tetapi gagal. Sedih apabila melihat khazanah alam yang amat bernilai dan dibela untuk tujuan pembiakan hilang nyawa dihadapan kita sendiri. Baru semalam aku amat gembira apabila ianya aktif berenang dalam akuarium dan hari ini segalanya berubah.
Itulah qada' dan qadar, aku kini mendalami sifat ikan itu melalui inernet untuk lebih memahami tabiat ikan ini sebelum sekali lagi aku bawa pulang untuk dibela. Kemungkinan ikan itu mati disebabkan aku sendiri yang kurang faham akan tabiat dan corak habitat ia sendiri.
Labels:
apartment to let penang,
kelah,
khazanah alam,
sungai,
tengas,
terubul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tengas & Kelah menghuni habitat air jernih & berjeram pusar. Mungkin depa suka air beroksigen yang banyak buih.
Kalau ikut teori migrasi. Penang di kelilingi air laut masin. Ikan sisik besar ni amat sensitif kepada air masin. Depa akan migrate mudik naik ke bukit berjeram & ada waterfall dan buat lubuk kat situ. Kalau majalah Pancing atau Sirip dapat tau habislaa depa mai kerumun kat Penang. Boleh pupus spesis ni depa buat keja!
Salam.
Demikianlah kalau Allah hendak memakmurkan sesuatu negeri atau negara, Dia cipta rezeki untuk kita secara yang tidak disangka-sangka, amat penting pula kita mempertahankan rasa kesyukuran kepada-Nya.
Selamat berjamu selera dengan ikan segar.
Post a Comment