Sunday, November 9, 2008

Sejarah Tentang ROBOT

Sedikit untuk dikongsi bagi pembaca BLOG yang muda dan berminat untuk menjadi pereka atau pencipta robot.

ROBOT dalam objektif sains ialah sesuatu yang direka/dicipta dan berfungsi untuk menggantikan atau memudahkan kerja-kerja harian manusia terutama bagi kerja-kerja yang berisiko tinggi dan memakan masa yang lama. Sbg contoh mudah, robot sangat diharapkan dalam sektor industri bagi kerja-kerja pengimpalan (welding), mengecat (painting) dan menyusun-atur (handling). Bagi kerja-kerja di mana bahan yang amat panas, tajam, dan amat sejuk robot merupakan penyelesaian terbaik untuk menggantikan tenaga manusia. Kini revolusi robot telah menjangkaui satu tahap di mana perekacipta robot giat menyasarkan objektif robot untuk menggantikan manusia dalam urusan atau pergerakan manusia yang kompleks seperti berjalan, berlari, menari, menyediakan makanan-minuman, mengambil pesanan dan sbgnya... Memang ada banyak manfaat teknologi robot terhadap manusia tetapi ada pula segelintir perekacipta yang taksub hingga memasang angan-angan untuk merelisasikan 'android' iaitu robot menyerupai sifat manusia. Seperti di Jepun tercipta sudah sebuah robot wanita yang berkulit halus, putih, licin dan gebu serta mempunyai ciri-ciri wanita cantik untuk khusus bertujuan bagi menemani lelaki bujang yang semakin ramai di Jepun. Mereka boleh memilih rupa wanita yang mereka inginkan, bentuk badan yang mereka inginkan dan pelbagai ciri-ciri khusus yang mereka minati. Tetapi ini adalah bertentangan dengan objektif asal penciptaan robot.

Di bawah saya sertakan beberapa artikel tentang sejarah robot:-

1890-an: 'Tesla coil' dicipta oleh Nikola Tesla yakni sebuah kereta kawalan radio.

1892-an: Seward Babbitt mencipta perapat bermotor untuk mengambil keluar jongkong panas.

Sejarah robot di Jepun:-

Tiada tahun dicatat: Robot samurai yang berupaya
mengambil anak panah dari bakul sandang, meletak ke busur, menarik
tali busur dan kemudian memanah tepat ke depan dengan hanya
digerakkan oleh sistem mekanikal tanpa sebarang kuasa elektrik ataupun
kuasa pneumatik.. Pencipta robot ini kemudiannya dikenali sebagai pelopor syarikat Toshiba.
Kalau tak salah saya tahun itu dlm lingkungan 1850-an..

No comments: