Friday, December 19, 2008

CATATAN SANTAI 18 Disember 2008

Apa itu konsep 80/20?

80/20 merupakan antara konsep tersohor yang banyak dipratikkan dalam organisasi perniagaan dan kejuruteraan orang barat. Saya sendiri asalnya tidak mengetahui konsep 80/20 ini sehingga pada pertengahan tahun 2006 di mana saya terlibat langsung dalam satu program khas melibatkan konsep kejuruteraan.

Program mengawal sistem 'acuan suntikan' atau 'injection molding' dengan kaedah khusus untuk untuk tetapan paramater serta mendapat hasil suntikan terbaik tanpa perlu menggunakan resin dan masa yang banyak. Program ini amat dinantikan oleh pemain-pemain besar dalam industri acuan plastik terutama bagi yang menghasilkan produk menepati piawaian automotif TS16949 serta yang menggunakan resin kualiti tinggi. Penjimatan kos merupakan objektif utama!

Kos mengikuti program ini disekitar RM2000 seorang untuk tiga hari dengan satu hari penuh menjalani konsep program ini secara praktikal pada salah satu mesin dalam kilang yang sedang beroperasi. Dengan konsep 80/20, menakjubkan hasilnya amat menarik dan tidak pernah terfikir oleh mana-mana jurutera plastik selama ini tentang konsep sebegini...

Selepas dari program itu, saya telah mengikuti satu lagi program webcast iaitu khusus untuk pereka bahan dimana konsep 80/20 ini telah menjadikan kaedah mencampur purata bahan dalam satu-satu gabunagn kompleks menjadi lebih mudah dan ringkas. Malah konsep 80/20 ini juga diterap dalam amalan ekonomi. Setiap 80% tenaga atau kos dikeluarkan perlu mendapatkan minimum 20% keuntungan atau hasil. Juga disebaliknya dimana setiap 20% kos atau tenaga dikeluarkan akan menjimatkan 80% kos atau tenaga sedia ada. Konsep sebegini juga luas dipraktik dalam konsep perniagaan runcit. Sebagai contoh kedai serbanika LAWSON di Jepun. LAWSON menggunakan konsep 80/20 dalam objektif mereka mensasaran jualan dan mendapatkan keuntungan. LAWSON berpendapat premis mereka perlu berada dalam kawasan dimana 80% dari majoriti penduduk akan lalu-lalang di hadapan premisnya. LAWSON juga meletakkan premis mereka di kawasan yang berdekatan dengan kawasan parkir kereta yang 80% penuh pada setiap masa. LAWSON juga memperbanyakkan produk jualan yang memenuhi 80% tuntutan seharian rakyat Jepun iaitu SARAPAN. SARAPAN bagi rakyat Jepun merupakan sesuatu yang amat bernilai dan perlu dinikmati dengan sekurang-sekurangnya sajian yang berkhasiar dan memberi tenaga walaupun sajian itu ialah sajian segera.

Maaf tidak dapat banyak saya kongsikan di sini sebab amat kompleks untuk menulis dan saya sendiri tidak mahir menegolah bahasa ringkas dan mudah untuk ditatap. Untuk tujuan berkongsi pengetahuan tentang konsep 80/20 ini, anda mungkin boleh emel saya untuk bertukar idea dan mungkin berdiskusi dan seterusnya merangka satu kerja yang berkonsep sedemikian rupa untuk manfaat kita.

No comments: