Terima Kasih buat komen dari saudara yang mengulas posting saya tentang isu " Makan Secupak Beli Segantang' yang kini saya lanjutkan ke posting baru sebagai maklum balas. Insya Allah kertas kerja mengenai perlaksanaan konsep 80/20 ini mungkin lebih tebal selepas ini di mana saya akan selitkan program pemulihan pekerja yang diberhentikan untuk menjadi antara model penggerak konsep 80/20 dalam menjana ekonomi negara kita.
Model Masyarakat Maju di Jepun:-
Setiap rumah digalakkan menghasilkan makanan sendiri sekurang-kurangnya 20% dari jumlah makanan yang diperlukan. 80% adalah hak sistem ekonomi di mana 80% pembelian dapat menggerakkan ekonomi negara.
Dalam konteks sistem penghasilan makanan sendiri, 80% proses penghasilan perlulah dilakukan sendiri di mana mesin pengolah tanah (mini KUBOTA) perlu dibeli dan diselenggara sendiri. 20% lagi boleh diupah kepada kontraktor pertanian dimana sistem meracun berskala dan terkawal itu selalunya diberi kepada kontraktor.
Konsep ini ialah konsep 80/20 yang pernah saya papar dalam post saya terdahulu..sila semak dalam blog ini.
Dalam konteks penghasilan makanan itu tidak langsung sistem teknologi dan kejuruteraan dapat diasimilasikan oleh pemilik yang mana rata-rata anak mereka yang membangunkan segala sistem separa atau automasi penuh.
Jika dikaji, pertanian itu menyumbang kepada pembangunan kejuruteraan dan guna pakai teknologi di Jepun. Itu sebabnya rata-rata jenama mesin atau alat jentera untuk pertanian, perikanan dan pemprosesan makanan diimpot dari Jepun (Honda, Kubota, Yamaha, Kawasaki, Tanaka, Robin, dsbnya).
Kerajaan Malaysia patut meniru konsep 80/20 ini untuk dipraktikkan dalam konteks Industri Makanan Negara sejajar dengan polisi Pertanian Adalah Perniagaan.
dan selanjutnya Dasar Pertanian itu membantu pertumbuhan Dasar Perindustian Negara dan juga Dasar Pendidikan Negara. Pengwujudan satu rantaian keperluan di antara satus ektor kepada sektor lain akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada teknologi dan kepakaran luar serta mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.
1 comment:
Selepas zaman buku hijau Tun Razak, sektor pertanian dianaktirikan kerajaan. Cuma tauke-tauke kaya yang giatkan pertanian secara extensif.
Kerajaan Tong Kosong Pak Lah cuma mengetuk tong saja. Bioteknologi yang dicanang tak sampai pun ke rakyat. Lip Lap Lip Lap terus Padam. Najib tak memandang pertanian seperti bapanya. Lambat nak kaya! 3 tahun menunggu hasil buat apa? Scorpene sebiji cuma tunggu setahun aje!
Post a Comment