Sebelum Oktober 2008:
Rata-rata rakyat beratur panjang di kantor-kantor juruwang operator hipermarket. Ada yang menjinjing 'jajan' sekadar memaniskan mulut atau membasahkan tekak. Ada yang menyorong troli sarat dengan beras, minyak masak, tepung, gula, makanan dalam tin dan tak lupa selipar bilik mandi.
Selepas Oktober 2008:
Rata-rata rakyat berpusu-pusu pula di kantor-kantor kedai runcit di setiap pelusuk negara. Kesemua mengepit barangan sama da jajan atau keperluan harian di celah ketiak dan mengenggam dengan kedua belah tangan.
Bezanya?
Dahulu di kantor operator hipermarket:
~ beras 10kg (beras basmathi)x dua kampit
~ minyak masak 5kg x dua bekas
~ gula pasir kasar 1kg x lima bungkus
~ tepung gandum 1kg x lima bungkus
Kini di kantor kedai runcit:
~ beras 5kg (gred super tempatan) x satu kampit
~ minyak masak 400g x satu bungkus
~ gula pasir kasar 1kg x satu bungkus
~ tepung gandum 1kati x satu bungkus
Makan tetap makan, tetapi budaya makan secupak beli segantang perlu diubah menjadi makan segantang beli secupak.
3 comments:
Boleh jadi! Makan segantang beli secupak.Ikan pi tangkap sendiri kat laut atau taliayaq blakang rumah. Garam, ambik ayaq laut pastu sejat. Gula, tanam tebu blakang rumah pastu proses sendiri. Padi tanam kat belakang rumah aku, tumbuk sendiri jadi beras. Ayam atau lembu boleh bela kat blakang rumah. Asam jawa, serai, lada, halia, bawang, cengkih, petai, cabai, limau, karipole semua boleh ditanam. Nyior memang dah ready tunggu nak gugur buat santan.
Aku rasa tak perlu beli apa2 lagi dah....siap boleh jual lagi ada la!
Peribahasa Melayu nak kena ubah:-Makan segantang jual sepikul! Baru Melayu boleh maju. Tui Tak?
setuju dengan Bro !
kerana itulah kita pernah mendapat nama Semenanjung Emas. Kalo tak terlalu taksub dgn perindustrian tentu kita leh enjoy hasil pertanian sendiri dgn harga berpatutan.
Post a Comment