Sabtu-31 JAN 2009
Beberapa saudara sekeluarga sedang rancak berforum. Forum dalam bentuk sembang-sembang itu bermula apabila salah seorang membuka cerita tentang konsep makanan halal.
Saudara-saudara yang lain masuk campur....
Ada yang yakin dengan kredibiliti dan akauntabiliti JAKIM di Malaysia jadi tiada WAS-WAS apabila makanan itu bercop PUP logo JAKIM !
Seorang lagi mempertikaikan kredibiliti dan akauntabiliti JAKIM kerana baginya JAKIM hanya ada pakar-pakar bidang syarie Islam tetapi kurang pakar biologi makanan dan sains/teknologi makanan termasuk pakar kimia. Banyak pertanyaan seperti penggunaan bahan 'artifical' yang berstatus E dan sebagainya tidak dihuraikan apa kandungan dan asas bahan pembuatannya.
Seorang lagi menceritakan bagaimana sistem kelulusan HALAL KOSHER yang amat ketat dan lebih tepat jika dikatakan pensijilan HALAL KOSHER meliputi HALAL dan TOYYIB.
Seorang lagi mengiyakan saja dan memberi gambaran di mana di Malaysia rata-rata pengusaha makanan bukan Islam yang hanya menayang penyembelih warga Bangladesh yang beragama Islam.
Seorang lagi membuat andaian yang lebih prolifik dengan menanya samada halal bagi kita (muslim) memakan makanan yang mendapat pensijilan HALAL KOSHER semata-mata kerana dijamin lebih bersih dan ketat dari pensijilan HALAL JAKIM sendiri.
Di jawab seorang lagi susah nak pastikan sebab belum tentu yang menyembelih tu ahli kitab walaupun mereka itu yahudi. Seorang lagi berkata mungkin boleh jika yahudi itu menyembelih dengan nama Allah dan kebiasaan pensijilan HALAL KOSHER memang memilih penyembelih yang benar-benar ikut kitab..
Ditambah seorang lagi, di Malaysia ni penyembelih yang bekerja dengan majikan bukan Islam itu semuanya ahli kitab ka? Memang ia mereka ini beragama Islam tetapi adakah mereka ini juga benar-benar ahli kitab?
Seorang lagi pula memberi kiasan mungkin di Malaysia kebanyakkan rumah penyembelihan HALAL mengambil cara niat 'jamek' iatu sekali niat untuk sembelih dalam kuantiti banyak. HEHEHE
MAKIN RANCAK PETANG ITU DENGAN PELBAGAI PENDAPAT
Saya yang juga salah seorang ahli forum secara tak rasmi pulak berpendapat bahawa kita hari ni UMAT ISLAM sememangnya LALAI dengan banyak hal-hal POKOK tentang ISLAM. Kebanyakkan kita sibuk dengan hal-hal RANTING tentang ISLAM. Sedangkan memahami POKOK itu lebih utama kerana kefahaman tentang POKOK akan memberi kefahaman kepada DAHAN, RANTING, DAUN dan BUAH.
DAN tidak pula saya nak mengatakan JAKIM itu GAGAL dalam tanggungjawab mereka tetapi ada satu kes yang saya sendiri alami pada OKTOBER 2008 yang lalu. Oktober 2008 yang lalu saya membeli beberapa bungkus MI SEGERA KOSONG berjenama CINTAN untuk dikurier kepada saudara saya di AS. Selang beberapa hari selepas penghantaran saya mendapat maklum balas dari ejen kurier mengatakan makanan itu ditahan oleh pihak penguasa di AS dan tidak mendapat pelepasan. Ejen itu memberitahu saya bahawa mi yang saya hantar itu mengandungi bahan yang berasaskan haiwan yang bergelar KERBAU PENDEK. Hmmmm... masa membeli mi segera itu tertera jelas logo HALAL JAKIM pada bungkusannya dan jenama CINTAN sendiri sememangnya sudah popular tanpa WAS-WAS status HALALnya. Ejen itu juga berkata pihak penguasa di AS ada mengambil sampel untuk diuji dan mengesahkan yang memang makanan itu mengandungi bahan dari KERBAU PENDEK maka saya pun RUGIlah terpaksa membayar harga perkhidmatan mereka dengan penghantaran separuh jalan. Pada masa yang sama saya UNTUNG kerana mendapat satu maklumat yang sangat bernilai dan mungkin hikmahnya duit yang saya bayar itu merupakan 'fee' kepada ujian makanan yang dilakukan oleh pihak di AS. Cuma saya pun waspada kerana saya sendiri tidak mengetahui akan status kredibiliti dan akauntabiliti pihak penguasa di AS tentang ujian yang mereka lakukan atau ejen penghantaran itu sendiri.
INI SUDAH MENJADI CERITA DALAM CERITA
KAN KA PAYAH NAK DIRUNGKAIKAN MASALAH NI
1 comment:
Dari Sudut Makro:
Kalau tiada sijil halal/logo halal pada makanan, kita takkan beli. Kalau ada logo halal tapi tamat tempoh sah halal, ramai juga yang tak tahu....kita pun beli. Kalau logo pada pek tersebut "logo halal tiruan" pun kita beli. Kalau produk Starbucks dan seangkatan dengannya jual Ham & Bacon pun sesetengah muslim yang buta ilmu beli sebab ada logo halal kat pintu masuk.
Ham is the thigh and rump of pork, cut from the haunch of a pig or boar. Bacon is a cut of meat taken from the sides, belly, or back of a pig that has been cured, smoked, or both.
- Kesimpulannya baik kita HARAMKAN penggunaan sijil HALAL & LOGO HALAL sekiranya tiada kawalan & pemantauan yang berkesan. Sijil HALAL & Logo HALAL hukumnya HARAM diguna pakai sekiranya wujudnya unsur2 yang boleh meragukan seperti penguatkuasaan yang LEMAH dsb. Ayam AA dijual secara meluas di pasaraya2 besar. Syarikat cina ini (boss dia nama Chris..tarak tipu tarak cina...Haji mali audit mesti mau halal maaa, lesen sula lapat apa wa peduli...janji wa talak jual babi sudah maaa..!) ada 4 sijil halal dari JAIP. Sama2 kita boikot syarikat2 yang ambil kesempatan menipu orang Islam. Jangan lupa kuasa membeli Melayu Islam 60% kat Malaysia.
- Ini baru satu, berapa ribu syarikat kafir laknatullah seperti ini yang beroperasi dan produk2 mereka yang dah ditelan menjadi darah daging.
Dari Sudut Bioteknologi: Emulsifier is a must in food technology. Either obtained from animals or herbs. Gunanya untuk mengelak air dan pepejal menjadi dua lapisan (terasing) di dalam makanan. Mat Salleh tak makan tulang dan lemak babi, jadi daripada terbuang begitu saja, ia di ekstrak menjadi Emulsifiers Code 'E'.
Cochineal (E120) - this is obtained from the blood of the Cochineal beetle. This additive is always haram because the consumption of blood and insects is forbidden.
Glycerol / Glycerin / Glycerine (E422) - haram if obtained from pork or non-halal meat sources.
Gelatin / Gelatine (E441) - haram if obtained from pork or non-halal meat sources - the source is sometimes mentioned on the ingredients list. A vegetarian alternative is available.
Emulsifiers (E470 to E483) - haram if obtained from pork or non-halal sources.
Edible Bone Phosphate (E542) - haram if obtained from pork or non-halal meat sources.
Aku sarankan "Haramkan Persijilan Halal yang sangat meragukan. Guna pakai Persijilan Haram".
Post a Comment