kerajaan campuran adalah yang terbaik buat negeri Perak
kenapa?
1) pilihanraya semula jika dimenangi PR, situasi sama akan berulang di mana
majoriti exco ialah bukan Islam. Perlantikan MB pun mengalami sekali lagi
kekalutan kerana sukarnya mencari watak individu Islam berintegriti selain dari
Nizar.Watak dari PKR sudah terang-terang kurang integriti dan watak dari DAP sudah
pasti akan ditolak oleh istana sekali lagi.
2) pilihanraya semula jika dimenangi BN, pun tetap tidak menguntungkan. Kerana
situasi ekonomi tetap gawat dan akan lebih parah di Perak kerana perbelanjaan
kempen akan merugikan rakyat. Rakyat hanya mahukan pemulihan ekonomi segera pada
masa sekarang bukan lagi percaturan politik yang mengheret rakyat menjadi mangsa
jika kerajaan negeri lumpuh seketika akibat perebutan kuasa. BN yang menang juga
akan menghadapi cabaran yang sama hebat sepertimana kerajaan PR sekarang.
3) memberi laluan kemenangan mudah kepada BN hanya kerana gelagat 4 orang yang
rendah integriti juga akan memalukan sistem demokrasi di Malaysia sendiri.
Ratusan ribu undi rakyat tidak dihormati dan ini akan memberi kesan mendalam buat
rakyat yang sedang mengalami kemurungan akibat desakan isu ekonomi.
4) jalan terbaik buat negeri Perak ialah pembentukan kerajaan campuran. Tiada
pembaziran untuk kempen piihanraya dan duit itu dapat disalurkan serta merta
untuk pemulihan ekonomi nasional. Juga baik kerana tiada lagi isu monopoli bukan
Islam dalam pentadbiran negeri kerana sudah pastinya pihak BN akan membariskan
barisan exco Islam dari UMNO. PR sudah semestinya masih diwakili majoriti oleh
bukan Islam. Situasi menang-menang dalam exco pentadbiran di
negeri Perak. Pastinya mengembirakan istana kerana kuasa exco Islam kembali kuat
dalam pentadbiran.Tiada lagi perlu risau akan ancaman agenda politik bukan Islam
yang dikhuatiri bermain politik halus untuk memperoleh objektif mereka yang kita
sendiri tidak tahu. Rakyat juga berasa dihormati kerana kuasa rakyat tidak
dipermain-mainkan.
5)Biarlah MB datangnya dari UMNO atau PAS tetapi tunjang pentadbiran itu sendiri
adalah diwakili oleh majoriti Islam. Dan juga baik kerana mungkin inilah permulaan
penyatuan Islam di Malaysia yang selama ini terpisah oleh fahaman politik.
Ini juga akan mencerminkan betapa matangnya sistem demokrasi dan politik di
Malaysia di mana parti yang berlainan idealogi dapat membentuk, mentadbir dan
berkongsi kuasa dalam satu kerajaan.
Apapun yang berlaku, pada pengamatan saya PKR merupakan rootcause permasalahan politik ini. Rata-rata calon PKR adalah orang yang kecewa dengan parti asalnya dan pastinya akan lebih kecewa jika tidak mendapat apa yg dihajati dan sekali lagi dikecewakan. Syabas buat PAS dan UMNO kerana sekurang-kurangnya memiliki tahap
solidariti yang tinggi. Syabas juga buat DAP yang berjaya menjadi salah satu faktor
kepada peralihan politik dan mematangkan rakyat Malaysia untuk mengenali apa itu
sebenarnya politik.
Ini adalah sekadar lontaran spontan secara peribadi. Tiada unsur untuk mempengaruhi pemikiran seseorang mahupun menyebar ideologi atau doktrin.
No comments:
Post a Comment