Saturday, February 28, 2009

Ringkas dan Santai

28/2/2009

PAGI:

Bawa isteri dan anak sulung berjalan ke tanjong, ingatkan nak pi makan kat Kedai Hameediyah tapi isteri pulak tak mau pi makan nasi kandaq. Rugi! kalau tidak hari ni dah dapat makan hati dan limpa lembu + ayam kapitan dengan nasi beriyani.

TENGAHARI:

Pi ambik GERAN MOTOR yang aku baru beli (3rd hand punya motor). Kapcai lama berusia 13 tahun tapi aku memang minat KAPCAI tambah lagi kalau KAPCAI tu dah makin pupus. Isnin ni boleh dapat RM150 dari Pejabat Pos..hahahahaha motor ni ada chance lagi untuk 'claim' subsidi rebat petrol.

Pi pulak 'deliver' NOTEBOOK kat customer (Acer Aspire Aone A150 8.9" display dan HP Mini 1000 10.2" ). Aku update sat harga NOTEBOOK terbaru dan TABLET PC untuk bulan MAC ni. Insya Allah jika rezeki murah, bulan MAC ni mungkin bisnes jual NOTEBOOK akan pulih sedikit demi sedikit.

PETANG:

Sambung tugas aku untuk membuat AIR KACANG SOYA dan TAUFU FAH. Kacang soya terendam lebih masa pasai pagi tadi lupa nak proses sebelum keluar rumah. Nasib baik belum ada tanda-tanda DEFECT cuma kali ni aku dah langgar SOP (Standard Operation Procedure) yang aku patuh selama ni. Insya Allah untuk esok (AHAD), aku kena ikut SOP seperti selalu.

Masa tengah menaip POSTING ni, air soya dah siap tunggu sejuk sikit untuk pek dan hantar ke destinasi. Taufu Fah masih dalam proses pembekuan...dalam 20 minit lagi siap. Tapi hari ni Taufu Fah tak dihantar kemana-mana destinasi pasai nak bagi FAMILY makan. Nak bagi semua adik-beradik makan PERCUMA dan bagi komen untuk 'improve'. Kalau depa puas hati, dua minggu lagi aku nak buat Taufu Fah khas untuk MENU SPECIAL kenduri kahwin adik aku yang bongsu dan nilah kenduri perabis dan penutup buku di kalangan aku dan adik-beradik. Lepas ni kalau kenduri kawin lagi tu mesti kenduri anak penakan aku pulak seramai hampir 30 orang dah. Takpun kenduri aku sekali lagi untuk No.2 ...hahahahahha MELAWAK saja...silap cakap makan PENAPIH AYAQ SOYA nanti dengan HOME MINISTER. Serupa macam cerita MADU TIGA dalam TV ...aku tengok sat masa sebelum keluaq rumah pagi tadi.

Buat LONG TAMBANGster (Ibnu Hasyim, Zaidi Ali) khususnya jemput hadhir ke kenduri 15 MAC ni di Balik Pulau. Emel peribadi saya untuk detail.... tu pun kalau HANGPA berdua balik kampung la.

6 comments:

Anonymous said...

Dear Hero,

Begitulah keseimbangan kehidupan harian seorang muslim sejati iaitu iman-taqwa, masa berkualiti bersama keluarga & mencari rezeki dengan ilmu/kepandaian yang ada.

Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjemput saya ke majlis kenduri kahwin adik. InsyaAllah sekiranya ada peluang balik P.Betong, saya akan hadir.

Alhamdulillah, akan terbina lagi sebuah masjid.

Leenoh said...

Salam tuan rumah.
Saya rasa sangat gumbira kata P.Romli pasai hangpa dua laki bini dok buat kacang soya dan taufu fa tu kerana kerja tu cover fardu kifayah kami semua.
Amal solih.

HeroHuruHara said...

Salam Bro Zaidi dan Bapak Leenoh,

bingkas saya menulis awal pagi ini mengucap terima kasih atas dorongan dan kata-kata peniup semangat.

Benar bak kata Bapak Leenoh, bermula saya dalam bidang ini juga kerana konsep sedemikian. Besarnya hati nak meneroka lagi perkara-perkara yang belum 'diislamkan' sumber dan pembuatannya. Insya Allah berkat doa saudara mukmin dan pekenan Allah, kerja ini lebih mudah di masa depan.

Bro Zaidi,

kalau jadi balik Mac ni ke Pulau Betong elok lapangkan masa juga pi mengail. Semenjak hujan bermula musim ni, makin rancak ikan dok makan. Tapi pesan satu saja la..jangan bawa Pak Lah mai memukat senangin di sini. Mau tejeghot habih pukat kawan-kawan kita ..hahahahha..pasai dalam Blog IbnuHasyim..bro ajak Pak Lah mai memukat... tapi kalau Pak Lah mai jugak sughuh dia ikat peghambut sudahla..

Anonymous said...

Pak Lah kalau mai area P.Betong mesti tak mau balik dah Kapla Bataih. Mana ada tempat lain kat dunia yang seindah sepermai Pulau Betong-Kg Perlis-Jalan Bharu-Sg Rusa-Sg Burong. Nira takdak pun tak pa...ayaq soya ada.

Kita hantaq dia naik bot pi Pulau Betong pastu tinggai dia sorang-sorang!

Anonymous said...

Salam tuan rumah,
Nak tanya Zaidi,
Pulau Betong Kecik ka Pulau Betong Besar?

toktambang

Anonymous said...

Salams Hero & Toktambang,

Pulau Betong Kecik la.