Tuesday, March 3, 2009

MEDICAL Engineering/ Electronics

Bidang kejuruteraan perubatan dan elektronik perubatan memerlukan penyertaan serius orang Islam. Di Malaysia rata-rata majoriti pengamal perubatan moden adalah bukan Islam malah perkhidmatan professional sokongan juga dimonopoli oleh bukan Islam.

Kejuruteraan perubatan dan elektronik perubatan merupakan satu bidang yang memberikan pulangan lumayan dalam kerjaya mahupun perniagaan. Di Malaysia memang wujud syarikat-syarikat professional Islam dalam bidang ini tetapi penyertaan mereka masih lagi kebanyakkannya sebagai ALI BABA dan PROKSI kepada syarikat-syarikat bukan Islam dek kerana sistem kuota.

Dalam bidang pendidikan, kerajaan telah menyediakan beberapa institusi khusus untuk penggalakkan bidang ini seperti yang tersohor iaitu British-Malaysian Institute (BMI) yang asalnya dikenali sebagai 'Tuas Polytechnic'. Walaupun hampir 90% penuntut dan graduan dari BMI adalah beragama Islam, masih penyertaan mereka dalam bidang kejuruteraan dan elektronik perubatan dianggap 'remote' atau terpencil. Sebaliknya bidang ini dikuasai oleh bukan Islam yang memang tidak mempunyai 'fundamental' khusus dalam ilmu ini.

Hari ini jika diambil satu analisa mudah disetiap hospital dan klinik kerajaan, majoriti pembekal dan kontraktor adalah dipengerusikan oleh orang Islam tetapi sebaliknya pentadbiran dan hakmilik syarikat adalah sepenuhnya milik bukan Islam. Masih lagi ALI BABA bertebaran berleluasa.

Sebagai satu sahutan fardhu kifayah, hari ini perlu kita membangkitkan satu rasa tanggungjawab untuk menyertai bidang ini yang sememangnya amat lumayan dan menguntungkan.

Sedangkan ilmu perubatan itu dipelopori sarjana Islam masa silam tetapi hari ini umat Islam masih lagi jauh terbelakang dalam ilmu yang sepatutnya diwarisi sebagai khazanah ilmu Islam.

No comments: