Saturday, March 28, 2009

KENDIRI & MANDIRI ketika GAWAT [siri konsep 80:20]

Sabtu, 28 MAC 2009-BALIK PULAU

A.M (PAGI)
~ Membawa anak sulung yang berumur 1 tahun 8 bulan menikmati roti canai di warung.
Si anak yang memang peminat roti canai tanpa disuruh mengambol cebisan roti dan
mencicah kedalam piring kuah sambil tersengih berkata ' cicah'!

Kes: Tak pernah si bapa mengajar anak ini mencicah roti canai kedalam piring kuah
kerana hanya roti kosong yang diberi selama ini.

Kebarangkalian 80: Si anak gemar memerhati alam sekeliling dan penuh dengan sifat
mencuba.

Kebarangkalian 20: Si bapa hanya mengerti 20% pemikiran anak dan 80% adalah
semata-mata pemahaman sikap fizikal anak dalam bentuk sifat.

Objektif: Jika si bapa dapat memahami 80% dari pemikiran anak kecil, maka si bapa
amat peka dengan potensi anak dan bagaimana nak menyediakan si anak dengan
bidang yang diminatinya nanti.

Ulasan: 80% graduan yang lulus di IPT terpaksa mengikuti kursus yang banyak
dipengaruhi oleh trend populariti dan dipengaruhi oleh desakan ibu bapa.
Graduan sebegini juga jarang menonjol di dalam kerjaya yang diceburi kerana
bidang tersebut tidak mengusung minat mereka yang sebenar.

Fakta 80: Ramai tenaga pekerja di sektor kolar putih menghabiskan waktu kerja mereka
dengan melayari internet dalam laman sembang, laman komuniti, dan blog.
Ini menunjukkan komitmen terhadap bidang kerja yang amat kritikal kerana
tiada desakan fitrah manusia yang meminati sesuatu dan akan melakukan
kerja yang diminatinya dengan bersungguh. Namun di bidang perubatan, dapat
dilihat para doktor melakukan kerja dengan bersungguh. Mungkin para
graduan bidang kedoktoran adalah graduan yang memilih bidang ini kerana
KEBARANGKALIAN 80 mereka dapat difahami oleh ibu bapa dari awal dan
potensi mereka didedahkan dengan persekitaran yang menambahkan minat mereka
dalam bidang sedemikian.

Fakta 20: Manusia yang menjadi jutawan tidak ramai di dunia ini. Tetapi segelintir
mereka inilah yang menggajikan kelompok majoriti manusia lain. Mereka ini
adalah golongan yang sentiasa memerhati alam sekeliling dan sentiasa
mencerna maklumat dari visual dan audio mereka dalam bentuk analisa
'keperluan' dan 'kehendak' dan mereka ini bijak dalam menyediakan kedua-dua
nya (keperluan dan kehendak) dalam bentuk trend yang menyelerakan manusia
hingga mengwujudkan sifat ingin memiliki dan mencuba hidangan ekonomi
mereka.


HHH says:

Melihat peluang bukanlah melalui dengan berdiri tegak dan duduk setempat. Peluang ibarat air pasang surut, di kala air mulai pasang pengail akan mula menghulur joran menunggu rentapan ikan. Di kala air mulai surut, pengail akan menyimpan joran dan inilah masa berehat dan mengkaji di mana lubuk baru keesokannya.

2 comments:

Anonymous said...

Ramai juga yang berjaya melalui Analisa Situasi yang Tepat.

Contohnya pengail ikan yang takkan menghulur kail di kawasan orang melabuhkan pukat, contohnya di persisiran pantai Pasir Panjang & Batu Tok Alat. Dah tentu dapat ikan takde, sangkut pukat aje! Jadi si pengail mengusahakan khidmat bot pemancing ke Pulau Betong. Beliau pun boleh tumpang sekaki disamping duit pun dapat.

Dah banyak kali try kat Pasir Panjang, asyik dapat Buntal aje!

HeroHuruHara said...

itu betul.

Pasir Panjang ni hanya tiga tempat yang sesuai dipancing. Di bawah pokok rendang tepi batu pagar BTN terdapat banyak ikan lembu. Di tengah pantai betul-betul mengadap hamparan karang pula banyak sembilang karang dan kerapu. Di hujung pantai berdekatan dengan rumah rehat BTN pulak banyak tengerong dan kerapu.

Batu Tualat hari ini hanya sesuai sebagai lokasi menjala udang. Kalau dipancing pun spesies belukang yang banyak memakan umpan.

Tapi kalau semalas-malas manusia kalau hari-hari turun mengail di Pulau Betong, Insya Allah boleh meraih lingkungan RM30 sehari dengan jualan ikan yang dikail.Bayangkan harga anak kerapu lenga pun mencecah RM3 seekor hari ini...