Thursday, March 5, 2009

ROJAK

Di Balik Pulau bendang dah dibersihkan, tanah sudah dibajak, tunggu pembenihan...sikit hari bendang di Balik Pulau kembali menghijau nun dari pemandangan di atas puncak Anjung Indah.

Di mana-mana di Balik Pulau kelibat lori tanah dan lori dengan muatan bahan pembinaan lalu-lalang dari pagi hingga petang. Rancak pembangunan di Balik Pulau, RUGI bagi siapa yang tidak melihat fenomena ini sebagai satu peluang (kerjaya atau perniagaan).

Di kampung-kampung saban hari kelihatan bertambah gerai-gerai kecil di persisiran jalan raya. Satu tanda positif penglibatan dalam ekonomi, tetapi apakah puncanya secara drastik ianya bertambah? Ohhhhhh mungkin juga kerana suasana ekonomi di bidang makan gaji kini seperti YO-YO.

Balik Pulau menjelang tahun 2010 bakal berubah wajah menjadi bandar satelit berasaskan bidang pendidikan dan pelancongan. Di Bandar PERDA Bukit Mertajam sudah ramai jutawan dan usahawan berjaya dari golongan umat Islam muncul selepas bandar itu dimajukan.... Insya Allah suatu hari Balik Pulau juga bakal mengwujudkan suasana serupa atau LEBIH BAIK!!!!

Diharap Balik Pulau kekal sebegini biarlah tanpa hipermarket dan tanpa pusat hiburan besar asalkan suasana aman damai dan menghijau masih dikekalkan. Ada baiknya diambil segala kesempatan ini untuk warga Balik Pulau sama-sama membangunkan bandar ini dengan citarsa tersendiri dan dengan identitinya sendiri.

4 comments:

Anonymous said...

No East No West..Baliks Pulau is The Best!

Anonymous said...

Salam buat Semua,
Bila bercerita pasal sawah padi, teringat zaman kanak kanak dula, bermain kapal layat sabut dicelah celah pokok padi yang baru di tanam,begitu juga menyusuri sungai pulau betong dengan perahu berinjin botoi.
Buat zaidi,
Elok di tubuhkan Koperasi atau syarikat supaya tanah kepunyaan keturunan long tambang tidak terlepas kepada orang luar,disamping tu boleh memajukan tanah tanah yang sedia ada dengan lebih produktif lagi.

Wasalam semua,
toktambang

HeroHuruHara said...

Penubuhan koperasi di Qaryah Pulau Betong sedang berjalan lancar. Segala persiapan awal sedang diusahakan...30 orang ahli pertama sudah dikenal pasti dan Insya Allah cukup kuota..termasuk jawatankuasa awal (penaja).

Hanya menunggu masa sesuai dan kelapangan individu yang terbabit kerana kesukaran mendapat cuti serentak (kakitangan kerajaan dan swasta).

Insya Allah jika berjaya koperasi memerlukan seberapa banyak sokongan anda dengan agenda 'menyempurnakan fardhu kifayah'

Anonymous said...

Salam tuan rumah,
Bagus tu dah ada koperasi,macamana kalau nak join?

toktambang