Saturday, April 25, 2009

Diari week 17

Jumaat-->

A.M : meninjau perkembangan anak pokok mempelam di kebun selepas seminggu ditanam oleh ayah. Alhamdulillah positif dan amat memuaskan apabila tanah rang yang dibajak manual juga bermanfaat.

P.M : Mengail ikan tengas dan kelah di lokasi 'rahsia' sekitar sungai jernih di Pulau Pinang. Spesies yang makin pupus ini memakan umpan secara 'gila-gila' dan terlintas macam mana boleh banyaknya pembiakan ikan spesies ini di Pulau Pinang? Aku cuma pernah meredah jeram di sekitar Bentong, Pahang bersama abang ipar dan kawan-kawannya untuk mengail spesies ini. Alhamdulillah inilah rezeki. Aku memperoleh 11 ekor dan 2 ekor sempat diselamatkan untuk membiak didalam akuarium.

Sabtu-->

A.M : Bersauna di Kolam Air Panas Ulu Lenggong bersama 4 rakan lain. Pukul 5 pagi kami bertolak pulang ke Penang. Tensen sikit masa bersauna tu sebab ada kumpulan mat-mat muda dok 'havoc' tunjuk HERO main-main kat kolam 1 yang paling panas airnya. Dah tu meluat jugak tengok remaja laki dan perempuan dok baguih punyiaaa landing kiri kanan tak peduli kat orang-orang tua yang sama-sama beriadah di situ.. Kalau iyapun tak malu kat orang tua malulah sikit kat lembu ka kambing ka jebon ka...

P.M : Melawat lokasi mengail sekali lagi... ada seorang dua pengail mencuba nasib. Air tiba-tiba keruh pula petang ni..mungkin ada manusia pi menjala di HULU.

MIDNIGHT: Lepas posting ni disiarkan, aku akan sekali lagi turun untuk mengail waktu malam guna teknik yang aku belajar di Bentong untuk menjinakkan lagi spesies yang disebutkan.

2 comments:

Anonymous said...

Sungai Perak sekitar Lenggong banyak udang galah sepit biru wooo.
Rugi la tak try. Ada singgah makan ikan talapia bakar kat Restoran Tasik Raban, Lenggong?

HeroHuruHara said...

Saya pi dengan rakan-rakan yang semuanya bukan kaki pancing. Singgah makan nasi lemak + mi segera kosong + air halia O.

Insya Alah tempat tu memang cantik kalau pi siang hari.

Saya pi selepas baca posting YB Zulkifli Nordin, lepas tu terus ajak kawan-kawan pasal bila baca posting YB tu memang saya dah tak tahan nak pi sangat-sangat.