Wednesday, April 22, 2009

Seminggu Dalam Perjuangan (Catatan Solidariti)



Alhamdulillah itu yang dapat diutarakan selepas berakhirnya satu siri perjuangan. Perjuangan dalam menyampaikan hasrat dan pendirian sebagai seorang Islam yang berasa dicabar dengan kuasa-kuasa manusia yang berasa mereka adalah penentu segalanya. Berkat kesabaran, dan solidariti antara sahabat-sahabar yang lain yang selama ini diam ubi berisi. Kejayaan sudah nampak dihadapan hanya sedikit lagi langkah cermat perlu diatur agar kejayaan mutlak dapat digapai. Dalam menghadapi perjuangan itu terkoyak juga tahap solidariti beberapa Muslim yang selama ini dianggap saudara dan akhirnya berubah menjadi wajah pencinta dunia. Biarlah sekurang-kurangnya ramai lagi yang selama ini dipandang sepi bangun lantas bersama menyahut seruan perjuangan.

Kisah di atas digarap dari satu kisah benar berlaku sejak minggu lepas. Sebuah syarikat yang majoriti pekerjanya Islam diberikan khidmat pengusaha kantin bukan Islam. Boikot berlaku dan berjaya menyedarkan pihak majikan lantas digilis lagi dengan undang-undang segera yang melanyak pekerja-pekerja tadi demi perniagaan bukan Islam tadi. Audit yang dilakukan berjaya juga membongkar beberapa sumber yang meragukan seperti tauhu buatan bukan Islam, bebola ikan dan bebola daging buatan bukan Islam yang jelas tiada logo halal dan terjumpanya pati masakan yang meragukan. Namun lantas pihak majikan segera melaksanakan peraturan baru yang memaksa pekerja-pekerja tadi melayan masakan pengusaha itu atau berpuasa kerana sebarang makan dari luar diberkas dan dipantau. Pergerakan keluar masuk pekerja dihalang pada waktu tertentu agar tiada yang dapat menikmait hidangan selain dari pengusaha tadi.

Namun hari ini menampakkan sinar kepada perjuangan pekerja-pekerja tadi apabila pengusaha itu mengaku tewas dalam situasi ini. Tetapi pihak majikan masih berkeras untuk meneruskan khidmat pengusaha itu walau dalam keadaaan tiada langsung sambutan dari majoriti pekerja tadi. Walau dengan sedikit nada keras dan berupa ancaman pihak majikan juga mengaku tewas dan memberi peluang agar pekerja-pekerja tadi memperbetulkan keadaan dengan kemungkinan perlantikan pengusaha baru yang diyakini oleh pekerja-pekerja. Dalam perjuangan ini juga melihatkan ramai antara saudara Muslim tewas ditengah jalan dengan memilih jalan keberkatan dunia dengan membelakangi sifat solidariti Islam malah turut mentertawakan perjuangan yang asalnya kecil tetapi bakal berakhir dengan suatu kejayaan moral buat umat Islam khususnya. Ada beberapa situasi di mana wakil-wakil pekerja dipermainkan dan gurauan terhadap Islam juga dicanang namun wira yang sepatutnya diharap untuk berjuang menjadi perisai kepada pihak penyerang. Inilah kehidupan hari ini di mana sukar mencari kesetiaan dalam persaudaraan malah saudara seagama sudi memenangkan pihak lawan hanya kerana pangkat dan harta dunia lebih diutamakan dari nilai sebagai seorang Islam.

Penulis kini dalam proses memberi jalan penyelesaian agar pihak majikan dan pekerja tidak lagi berselisih faham dan kembali kepada situasi menang-menang. Dunia arab bergoncang dengan perbalahan dan peperangan akibat tiadanya solidariti sesama mereka dan kita di sini apa kurangnya.

3 comments:

Leenoh said...

Salam.
Syabas, semoga berjaya dan terus berjaya. Insya Allah.

HeroHuruHara said...

salam bapak Lenoh,

minta tolong jika ada kenal seperti yg saya tulis di blog bapak..agar saya dapat memberi formula penyelesaian secepat mungkin.

Saya amat bersyukur masih ramai yang sanggup berpuasa demi menjaga kesucian dalam bab pemakanan mereka . Ini mungkin perjuangan kecil tapi bagi saya ini merupakan kayu ukur dimana letaknya tahap penyatuan umat Islam khususnya di tempat kes ini berlaku.

Anonymous said...

Banyak kes macam ni berlaku. Pihak majikan dan union perlu lebih sensitif terhadap perkara-perkara asas sebegini.

Teruskan perjuangan!