Sunday, September 6, 2009

1Mangsa "Pemborong Didahulukan, Keuntungan Diutamakan"

Apapun slogan yang dilaungkan di media cetak dan elektronik namun bagi aku (penulis) tetap merasakan sebagai pengguna dan rakyat negara aku ini lebih manjakan golongan pemborong/peraih yang bersifat borjuis daripada memanjakan rakyat (marhaen).

Bukan spekulasi politik tetapi fakta kerana setiap tahun negara aku ini tidak pernah sunyi dari usikan pemborong/peraih mengenai stok dan ugutan kenaikan harga barangan keperluan. Saban tahun negara ini diugut tentang tiada stok gula sedangkan pengeluaran dan 'buffer stock' sentiasa melebihi paras penggunaan di kilang-kilang gula di Perlis, Prai dan Shah Alam terutamanya. Habis isu gula timbul pula isu cili, ubi dan bawang kerana alasan saban tahun ini bukan komoditi negara kita dan kita hanya mengikut aliran harga pasaran.

Selain isu barangan keperluan, ada juga isu makanan tabie harian yang menjadi isu hangat di negara aku ini. Harga roti canai dan teh tarik boleh dinaikkan hanya dengan isyarat YES oleh semua ahli pengusaha restoran. Suka hati jika roti canai jadi RM0.90 dan teh tarik jadi RM1.20 , sedikit pun suara hati pengguna tidak dihiraukan. Tapi apabila ada usaha memberi khidmat penyelesaian pada pengguna seperti mana penjualan roti canai + teh tarik hanya berharga RM1.00 secara agresif di KL, riuh pula ahli-ahli pengusaha restoran mohon pembelaan agar perniagaan mereka tidak terjejas. Tahu pula mereka menuntut agar kerajaan masuk campur agar suara hati mereka didengar.

Untungnya peniaga di negara aku ini kerana mereka dimanjakan tapi pengguna hanya digulakan tetapi dimangsakan setaip kali ada isu PENGGUNA vs PENGELUAR/PENIAGA.

2 comments:

Leenoh said...

Salam herohuruhara.

kekadang keliru ya, siapa sebenarnya yang memerintah kerajaan atau peniaga.

Anonymous said...

Salam.
Ini merupakan cara orang berniaga di China. Cara 'Trade Mafia' ni dah lama menular di Malaysia. Kerajaan yg memerintah pula lemah! "Ada serupa takda pun serupa!"

Rakyat marhaen yg jadi mangsa.