Saturday, March 12, 2011

tragedi, impak, implikasi, cabaran





Jumaat 11 Mac 2011
Bencana gempa bumi pada skala melebihi 8 skala richter berlaku dan mengakibatkan susulan bencana tsunami yang besar melanda Jepun. Klip video berita memaparkan kehebatan kuasa alam dalam memusnahkan ide dan kepandaian manusia dalam hanya masa satu hari. Kekuatan gempa bumi mengakibatkan kerosakan pada struktur reaktor nuklear Fukushima. Tsunami menghanyutkan nyawa, kenderaan, dan juga bangunan. Dan meniti detik cemas, Jepun bakal dilanda satu lagi bencana andai kerosakan reaktor nuklear Fukushima tidak ditangani segera secara selamat. Seara dekat mengikuti detik bencana ini yang awalnya dilaporkan seramai 100 mangsa maut diikuti dengan 200 mangsa, seterusnya 500 mangsa dan terkini dilaporkan mencecah 1300 mangsa. Jika reaktor Fukushima tidak dapat bertahan dan bakal memberi impak keselamatan tahap merah di mana kesan jangka pendek dan jangka panjang sememangnya tidak dapat dielakkan. Jika mengikuti kronologi tragedi reaktor nuklear Chernobyl sudah pasti kita dapat menggambarkan betapa hebat kuasa nuklear terhadap manusia dan hidupan.

Cabaran sekarang ialah adakah Malaysia masih mahu meneruskan agenda reaktor nuklear di Pahang? Dimana tahap kesediaan Malaysia dalam membina, mengurus dan merawat kuasa nuklear? Jepun yang berpengalaman dalam bidang nujlear juga sedang bertungkus lumus dalam operasi menyelamatkan reaktor yang bakal menjadi tragedi dengan menggunakan air laut. Malaysia perlu kembali ke meja analisis dan kajian secara 1000%.

P/S: sila rujuk blog Long Tambang jika ingin mengetahui lebih mendalam tentang
air laut bagi menangkis pencemaran radiasi.

No comments: