Thursday, February 5, 2009

Drama Thriller Politik Sudah Selesai: Ayo Kerja Bangunkan Islam

Tamat sudah drama thriller terbaik setakat tahun ini di mana lebih baik kalau dibanding dengan aksi Bruce Willis dalam Die Hard.

Buat saudara Islam di Malaysia, ayo kita bekerja demi pembangunan Islam. Jangan malas dan asyik dengan skrin paparan blog. Kerana semakin lalai maka semakin kuat cabaran kita masa mendatang.

Biarlah politikus dengan urusan mereka kerana itu tanggungjawab mereka dan kita dengan tanggungjawab kita. Jangan lupa membawa pulang rezeki ke rumah dan jangan lupa asuh anak-anak kita agar di masa depan tidak lagi kita meminta-minta.

Situasi gawat hari ini bakal menguji kita pula samada kita mampu bertahan dengan keampuhan daya usaha, sabar dan doa. Bentuklah komuniti yang vital dengan kekuatan musyawarah dan kerancakan muamalah.

Semoga Berjaya Mengharungi Rintangan !

" A giant leap must starts with a single step"

No comments: