Tuesday, October 20, 2009

MALING KECIL MALING BESAR

Balik Pulau-20 Okt 2009

Aku dah agak berita sebegini akan keluar di muka akhbar bahasa kebangsaan tempatan. Sekali lagi kes perbelanjaan 'tidak munasabah' dalam institusi pengajian tinggi di Malaysia menjadi kes utama. Kali ini berbeza kerana berlakunya di sebuah kolej yang agak baru di Balik Pulau.

Kisah perbelanjaan yang melampau dari harga pasaran berlaku dan kali ini pembelian komputer, mesin cetak, dan manual pengajaran kulit keras menjadi isunya. Suku juta nilai Ringgit Malaysia yang dibelanjakan oleh kolej dengan cara yang sangat mencurigakan. Kes ini sebenarnya bukan hanya di KKTM kerana syarikat yang terlibat membekal perlatan itu aktif membekal ke seluruh negara dan mereka bukan calang-calang ahli lembaga pengarahnya. Sejak zaman Perdana Menteri keempat mereka ini dah berurusniaga dan hingga bila nak dibiar MALING-MALING ini berkeliaran ibarat pelesit tanpa tuan.

Pihak SPRM, kes seperti inilah yang perlu disegerakan dan individu-individu yang terlibat mesti segera dibawa ke muka pengadilan. Jangan hanya riuh di media tapi akhirnya anak seghidin saja yang dijatuhkan hukuman manakala bapak kerapu yang kenyang makan duduk senang dalam lubang batu tanpa gangguan.

No comments: