Saturday, November 14, 2009

cetusan dan ledakan kapan kecamuk

Agak lama juga penulis terasing dari kerja-kerja menulis dalam blog kecuali dalam laman web 2.0 yang menggunakan teks ringkas seperti facebook dan twitter... itupun jarang-jarang...kadang-kadang

Penulis sedang sibuk berurusan dengan banyak urusan formal dan tidak formal. Ada yang memang penulis terlibat secara langsng dan ada yang dilibatkan secara tanpa pengetahuan penulis (menjadi pak sanggup kepada masyarakat, takpa asalkan tidak menjadi batu galas di bahu penulis dan tidak pula penulis menjadi kambing hitam apabila kerja-kerja itu tidak berjaya).

Penulis sibuk mengusahakan perkara A tetapi perkara B pula datang menjengah dan belum sempat menatap kisah perkara B jatuh pula perkara C betul-betul depan mata penulis...Mengikut pesan orang tua-tua terdahulu jika yang datang itu berupa rezeki jangan dikikir usaha mendapatkannya. Andai yang datang itu berupa petaka jangan kaget dahulu tapi perlu awasinya. Alhamdulillah takat ni yang datang itu berupa rezeki jadinya cuma usaha itu belum kesampaian jadinya.

Terdetik hati mahu berkongsi apa itu yang disibukkan penulis hingga renggang dengan blog-blog yang dulu menjadi asam garam agenda penulis bila berinteraks dengan internet.

Urusan 1:
Mengambil tugas ibu anak-anak penulis untuk setahun kerana si ibu perlu berjauhan seketika dengan penulis dan anak-anak....ini pengorbanan penulis sebagai bapa

Urusan 2:
Mengurus aktiviti perniagaan penulis yang kini semakin dipermudahkan dengan hanya urusan di komputer. Tapi masa urusan itu tidak mengikut norma kehidupan penulis kerana penulis perlu peka dengan waktu dunia yang ada bahagian dunia ini yang lewat 12 jam dan ada yang lewat 7 jam dan 8 jam... Jadi masa tidur penulis terpaksa dikorbankan menjadi waktu urusan kaunter maya perniagaan..

Urusan 3:
Aktiviti masyarakat setempat dan aktiviti kelab dan badan koperasi yang baru penulis ceburi nampaknya amat memberangsangkan dan hasilnya penulis korbankan pula waktu hujung minggu demi menjaga perhubungan sesama ahli lain.

Urusan 4:
Dah lama penulis tinggalkan satu kertas kerja yang dulu hasilnya dipandang enteng oleh pak-pak menteri di Malaysia. Hari ini apabila kertas kerja itu dibawa smeula oleh bangsa asing dari negara asing bukan main lompat pak-pak menteri mahu merealisasikan kertas kerja itu.... Dulunya kata tidak ada impak pada negara Malaysia tapi bila datangnya si hidung tinggi mancung dan rambut blonde terus aja impaknya menjadi maksima.... kihkihkihkihkih Inilah wajah dunia hari ini..

Bersambung dengan urusan 4 tadi, penulis mendapat kabar baik dair sahabat lama yang kebetulan menjadi utusan membawa kertas kerja dari negaranya ke Malaysia. Jadi penulis carilah semula arkib kertas-kertas kerja dulu yang telah pun di'reject' oleh pihak-pihak tertentu suatu masa dulu. Maka sekarang ini penulis kena tambah baik kertas kerja yang dulu untuk disesuaikan dengan kertas kerja dari negara asing tersebut untuk disatukan menjadi satu kertas kerja baru yang asalnya dari negara asing tetapi disediakan mengikut acuan dan selera negara Malaysia.

Insya Allah buat saudara Muslim penulis yang kesempatan membaca post kali ini..murahkanlah hati berdoa agar usaha penulis kali ini menjadi kenyataan dan hasilnya bukan untuk seorang tetapi buat komuniti hari ini, esok dan akan datang

1 comment:

Anonymous said...

semoga berjaya! amin.