Wednesday, December 30, 2009

Nescaya Seronok Bangat Tahun Baru Mu Malaysia




Ringan kaki Pak Sudin nak melangkah ke tahun baru roman. Seronoknya hati Pak Sudin kerana tahun baru nanti bakal diwarnai dengan siri realiti TV musim baru. Tak sabar Pak Sudin nak menambah nilai telefon bimbit mengundi calon pilihan menjadi raja lawak dan pemenang ekedemi fantasi. Dah give up hidup Pak Sudin semenjak rancangan terakhir realiti TV berkahir baru-baru ini iaitu rancangan sejantung berjoget.

Pak Sudin berterima kasih pada pemimpin hari ini yang berusaha memberi peluang pada Pak Sudin menghibur hati di kala diri menghampiri senjakala. Teringat masa zaman 70-an dulu, pemimpin zaman itu dok kalut suruh Pak Sudin mengcangkul tanah kosong tepian rumah untuk hasilkan makanan sendiri. Meluat Pak Sudin tiap-tiap kali buka surat khabar semuanya cerita penjimatan dan cara membangunkan industri pertanian. Tension lah, Pak Sudin ni lain sikit ..sukakan keCERIAan dan kegembiraan. Tak heran kalau tiap-tiap minggu kalau dah habis rancangan realiti TV rancangan TOM POM BAK pun Pak Sudin layan janji HAPPY.

Kesiannya Mak Siti ni isteri Pak Sudin. Sampai ke hari ini masih sibuk mencabut ubi kayu untuk dibuat kerepek. Mak Siti ni goreng kerepek bukan sebarangan tapi untuk industri kecil kampung..menambah-giat sistem ekonomi desa. Sejak dari zaman 70-an masa pemimpin zaman itu mengajak bercucuk tanam sampai lah ke hari ni Mak Siti betah dengan hasil ekonomi kecilnya. Kalau merehatkan badan, Mak Siti hanya suka menonton rancangan Bloomberkk. Bukan apa malas la Mak Siti nak merancakkan dirinya dengan rancangan ala-diminati Pak Sudin ni. Lagipun tension juga pasal bil Astro bulan-bulan Mak Siti yang membayarnya.

Alkisah nak menghadapi tahun baru 2010 ni Mak Siti dok sibuk mencari peluang macam mana nak menggunakan ebay. Pasal Mak Siti ni tahu tahun 2010 ni tahun pemulihan ekonomi dunia. Serata dunia sedang berusaha memulihkan situasi ekonomi apalagi ekonomi desa ni yang suramnya juga pasang surut kerana tempias iklim ekonomi dunia. Anak desa di tempat Mak Siti ramainya pekerja buruh industri . Walaupun Mak Siti tak penrah bekerja di sektor industri, Mak Siti peka kalau ramai anak muda berlonggok di kedai kopi siang hari tu maknanya ada kilang rehatkan pekerja la tu... MAk Siti dah tahu sangattt.... apa tidaknya Pak Sudin dulunya pun kejra sektor industri jugak..Jadi Pak Gegat.... yang herannya masa ekonomi tengah cantik Pak Sudin direhatkan dari kerja... kenapa iya? OO patutlahhhh pasal ekonomi tengah rancak pihak industri tambah tenaga kerja..masa itu ramainya tenaga kerja diimpot dari seberang...fuhhhh cantik bangat cewek seberang.. Pak Sudin tersilap datang kerja syif malam padahal tugasnya syif pagi saja... Mungkin lama sangat tercegat macam ubat gegat di pintu masuk jadinya Pak Sudin terlupa.. berturut-turut Pak Sudin datang kerja syif malam..esoknya harinya majikan bagi cuti panjang...terus saja berehat di rumah... Kenapala Pak Sudin tak minta tukar syif awal-awal.... dah tahu cewek indon nak masuk kerja ramai-ramai pakatlah dengan member tukar syif seminggu sekali....
Mak Siti pun suka juga Pak Sudin rehat di rumah..bukan apanya kot bertambah nilai prabayar Pak Sudin kerana berSMS sama cewek seberang Mak Siti juga yang teruk meNOP UPnya.... kesian Mak Siti ..
Fuhhh best la hidup macam Pak Sudin ni..tadak problem...tadak hal...tadak langsung pun takpa..

Ada ramai lagi ka anak muda nak jadi macam Pak Sudin ni? Kalau sila lah... banyak hiburan tersedia ...banyak seronoknya...

1 comment:

Anonymous said...

Salam.

Pak Sudin..Pak Sudin..bagi "chance" la orang dah lanjut usia.