Sunday, February 21, 2010

Di sini kelihatan ZERO MORO untuk indeks (Pencapaian Diutamakan dan Rakyat Didahulukan)




PULAU PINANG
November 2009 ~ Februari 2010
1.11.09 ~ 21.02.10


Tarikh di atas adalah tarikh di mana aku mulai mengikuti keadaaan semasa satu tempat popular di Pulau Pinang. Sebuah pusat akuarium di Institut Penyelidikan Perikanan. Aku suka tempat sejak kali pertama melawati tempat pada tahun 2000. Di sini keindahan dasar lautan dan pengetahuan biologi serta saitifik tentang hidupan laut itu sendiri. Terima kasih pada pihak yang berjaya mengwujudkan pusat sedemikian.

Tapi pada mulai tarikh di atas hingga hari ini, aku rasa malu sebagai rakyat Pulau Pinang kerana lokasi popular ini menjadi Gajah Putih untuk beberapa lama. November lalu aku membawa satu rombongan pengunjung dari Jerman untuk melawati pusat ini. Hampa kerana sesampainya di situ terdapat satu notis (banner tergantung di kaunter tiket) mengatakan pusat ini ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja penyelenggaraan tangki. Rugi buat pengunjung yang jauh itu. Sekali lagi pada hujung November aku membawa lagi satu rombongan dari satu universiti di Jerman untuk melawati pusat itu. Sekali lagi notis itu terpampang.

Pada Disember sekali aku mendapat email dari sahabat jauh dari Jepun mengatakan mereka akan melawat Pulau Pinang. Pastinya pusat akuarium ini aku masukkan dalam agenda lawatan mereka. Terlebih dahulu aku melawati laman web milik Institut Penyelidikan Perikanan tersebut untuk mengetahui adakah sudah siap kerja-kerja penyelenggaraan tempoh hari. Tiada sebarang notis penutupan terpampang di laman web milik mereka. Maka aku bawa kumpulan pelancong dari Jepun ini ke situ dna sekali lagi hampa dan marah kerana ianya masih ditutup dan masih dengan notis tergantung menceritakan benda yang sama. Aku mulai sangsi kerja penyelenggaraan apa yang begitu lama ?

Hari ini sekali lagi pada tarikh 21.2.2010 aku membawa keluarga aku untuk melawat pusat tersebut. Memang betul-betul mengecewakan dan menghampakan. Notis haram jadah yang sama tergantung di kaunter tiket. Padahal aku sekali lagi melawat laman web mereka untuk memeriksa samada ianya sudah dibuka. Laman kelihatan seperti biasa dengan paparan promosi, harga tiket, waktu melawat dan seperti biasa bagi sesiapa saja yang mengunjungi laman web pasti akan berkata pusat itu beroperasi seperti biasa. Memang aku kesal dan mungkin ratusan pengunjung yang lain pada setiap kali aku pergi dalam tempoh tarikh di atas.

Jadi aku berfikir kali ini aku perlu post perkara ini dalam blog ini supaya ianya mendapat melegakan sedikit amarah dalam diri aku mengenai tempat ini dan pastinya bukan salah tempat ini tapi salah petugas dari institut yang berkenaan. Bagi aku inilah contoh manusia yang makan gaji dari hasil cukai pendapatan rakyat dan hasil negara tapi kerjanya seperti tidak mensyukuri nikmat.

Untuk bukti aku paparkan link laman web dari institute berkenaan. Malah menyedihkan tiada berita atau notis untuk pengunjung untuk pemberitahuan sekiranya terdapat penutupan. Paling sedih lama web mereka sendiri pun dalam penyelenggaraan.

Aku harap pihak institut ini terutama mereka yang bertanggungjawab di situ dipanggil untuk memberi laporan KPI mereka. Kalau aku jadi menteri mereka ini aku letak dalam senarai individu yang disekat kenaikan pangkat, pemberian bonus dan setiap permohonan cuti mereka aku akan tangguhkan kerana mereka golongan manusia yang suka bertangguh. Sedih lagi mengetahui mereka ini majoriti agamanya Islam dan apa kata individu beragama lain terhadap umat Islam dan pusat ini (institut ini) khususnya. Kita marah jika bukan Bumiputera minta mendapat tempat sewajarnya dalam sektor pekerjaan tertentu (awam khususnya) tetapi melihat pada situasi sebegini memang permintaan bukan Bumiputera itu ada wajarnya kerana jika tiada perubahan dan persaingan manakan ada kemajuan.

1 comment:

Anonymous said...

salam...

selagi ada org mcm ang (penulis) selagi tue bumiputra akan hancur.. Penulis ialah salah seorang pengkhinat bangsa.... yg tidak tahu menghormati dasar dasar kerajaan barisan nosional. Sekrang nie p laa minta kat DAP, PKR atau PAS....saya hendak menasihati penulis, jgn jual bangsa demi wang.!!!!

kalau berani.... jumpa saya ....
012-534 0900