Sunday, April 18, 2010

Oops...They Did It Again (Kisah PRK Lagi)


HULU SELANGOR
Daerah luas di utara negeri Selangor Darul Ehsan yang mana menyempadani Perak, Kuala Lumpur dan Pahang. Satu daerah yang memberi alternatif jalan tanpa tol jika AKU nak Pahang melalui Batang Kali (ni kawasan bekas MB Selangor) dan memanjat dan menuruni Tanah Tinggi Genting dan seterusnya sampai ke Bentong dan memasuki semula Lebuhraya Karak.

Ini antara kawasan yang AKU mengidam untuk membeli sebidang kecil tanah untuk rumah atau dusun bermusim. Memang aku suka daerah ini kerana di sini persekitarannya sama macam tempat aku menetap sekarang (Balik Pulau). Di sini bagusnya ada sumber air sungai yang bersih mengalir dari atas puncak Tanah Tinggi Genting yang mengalir melalui Hulu Yam hingga ke sungai-sungai kecil lain yang bersambung dengannya. Menu makan tengah hari di sini selalunya berasas ikan lampam dan ikan keli. Tapi benak hati AKU tahu di sini ada diamnya spesies ikan sungai yang lebih enak iaitu tengas, patin, baung dan jemuduk.

Memang idak sah jika aku tidak menyinggah di sini tiap kali aku bertandang ke negeri Pahang di mana aku suka suasana daerah di kala subuh dan menjamah sarapan pagi di warung tepian jalan.

Semalam rasminya bermula kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor di mana berlakunya pertembungan 4 calon yang mempunyai kredibiliti tersendiri. Uniknya kerana dua calon bebas yang bertanding adalah calon dari parti-parti gabungan yang bertanding. Syukur kerana kelihatan benih perjuangan asli mula bercambah di Malaysia. Sayangkan tempat tumpah darah melebihi taat setia pada pemimpin parti. Mereka ini kemungkinan sudah mangli akan sepak terajang politik kepartian yang mereka anggotai selama ini dan inilah masa terbaik bagi melontarkan apa yang mereka andaikan sebagai IDEOLOGI. Walaupun disingkir dari parti kerana dianggap sebagai pengkhianat tetapi mereka ini lebih tahu apa yang mereka perjuangkan dan masyarakat setempat pasti lebih tahu siapa mereka ini samada MUSANG BERBULU AYAM atau AYAM YANG DIHAMBAT MUSANG. Calon dari PKR adaah calon heavyweight, sarat dengan pengalaman dan terkenal dengan ketokohan dan integriti di beberapa bidang khusus. Tetapi di sini (Hulu Selangor), majoritinya isu berpaksi pada sektor pertanian dan perusahaan kecil dan sederhana. Golongan ini adalah penentu kemenangan calon yang bertanding. Atas dasar penelitian ini, calon BN yang bertanding mempunyai kelebihan kerana awal-awal lagi masyarakat di sini sudah dibuai JANJI MANIS pra-PRK. Segala bentuk bantuan, dana dan pengwujudan kemudahan yang selama ini sukar diperolehi tiba-tiba bergolek macam BABI HUTAN ditembak jatuh dari atas bukit.

Faktor inilah yang sebenarnya ingin AKU ulas. Tiap kali adanya PRK, itulah masanya segala janji manis dan projek tidak berKPI diumumkan di kawasan itu. Tiap kalilah segala kementerian sibuk menyalur dana pembangunan ke kawasan itu. Kalau tiada PRK, banyak projek tidak rangka di kawasan itu, jika dirangka pun belum tentu mendapat peruntukan. Rakyat kini sudah dewasa dan walaupun limpahan peruntukan itu merupakan BULAN JATUH KE RIBA, tapi apakah rakyat tidak muak dilayan sebegini ? Adakah rakyat tidak rasa sesuatu yang tidak IKHLAS dalam setiap peruntukan itu? Perlukah setiap kali ada PRK limpahan jutaan dan bilion ringgit disalur hanya pada satu kawasan tertentu sedangkan rakyat di kawasan lain kesempitan menunggu peruntukan pembangunan dan bantuan? Rakyat di kawasan PRK perlu ingat kesenangan yang mereka perolehi sekelip mata ini adalah pengorbanan jutaan lagi ragi rakyat yang berada di kawasan yang tidak mendapat bantuan dan masih menunggu bantuan. Berkemungkinan bantuan yang hendak disalur kepada mereka sudah dialih ke kawasan anda dan tidak simpatikah kita pada situasi rakyat lain ? Tolong fikir dan berharap dihentikan agenda sebegini lagi pada PRK (jika masih ada) pada masa akan datang.

Pemimpin yang memerintah MESTI hentikan kerja-kerja sebegini kerana sejak tahun 70-an kerja-kerja sebegini berlaku dan kerana kerja-kerja sebeginilah sebahagian rakyat mulai menolak parti yang memerintah. Tahun 70-an dulu diusung van penerangan untuk memasang wayang pacak di padang-padang awam. Pertengahan filem tiba-tiba akan muncul sorang individu berkempen menyuruh rajyat mengundinya....habis ucapan pendeknya, disambung smeula tayangan filem dari projektor utama.....sekarang makin mewah hasil negara maka makin banyak variasi kempen sebegini...Diharap rakyat sedar dan UNDILAH mana calon yang anda rasa mewakili anda dan bukan mewakili golongan ekslusif..

No comments: